Connect with us

Terkini

Gabungan NGO Hindu mahu sertai libat urus rundingan RUU Mufti

Sebuah gabungan NGO dan kuil Hindu Malaysia menggesa kerajaan supaya menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 buat sementara waktu dan mengadakan sesi libat urus serta rundingan berkenaannya dalam masa terdekat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah gabungan NGO dan kuil Hindu Malaysia menggesa kerajaan supaya menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024  buat sementara waktu dan mengadakan sesi libat urus serta rundingan berkenaannya dalam masa terdekat.
  • Gabungan NGO-NGO dan Kuil Hindu Malaysia itu juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dan mengambil bahagian dalam proses libat urus atau rundingan tersebut.
  • Mereka membangkitkan beberapa klausa/seksyen yang menurut mereka memerlukan penjelasan lanjut bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
  • “Sebagai contoh, Seksyen 13 (1) memberi kuasa kepada jawatankuasa fatwa untuk mengeluarkan fatwa berkenaan perkara-perkara yang menyentuh ‘national interest’ atau kepentingan negara. 
  • “Terdapat kekhuatiran bahawa kuasa ini adalah terlalu umum dan berupaya mengikat warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini ditandatangani bersama oleh 13 pertubuhan termasuk Malaysia Hindu Sangam (MHS), Malaysia Hindhudharma Maamandram (Maamandram) dan Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO).

KUALA LUMPUR — Sebuah gabungan NGO dan kuil Hindu Malaysia menggesa kerajaan supaya menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024  buat sementara waktu dan mengadakan sesi libat urus serta rundingan berkenaannya dalam masa terdekat.

Gabungan NGO-NGO dan Kuil Hindu Malaysia itu juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dan mengambil bahagian dalam proses libat urus atau rundingan tersebut.

Mereka membangkitkan beberapa klausa/seksyen yang menurut mereka memerlukan penjelasan lanjut bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kami telah dan sedang menerima banyak persoalan daripada orang ramai yang risau bahawa terdapat klausa-klausa tertentu yang berupaya menyentuh aspek kehidupan semua warga Malaysia walaupun mereka tidak beragama Islam.

“Sebagai contoh, Seksyen 13 (1) memberi kuasa kepada jawatankuasa fatwa untuk mengeluarkan fatwa berkenaan perkara-perkara yang menyentuh ‘national interest’ atau kepentingan negara. 

“Terdapat kekhuatiran bahawa kuasa ini adalah terlalu umum dan berupaya mengikat warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam.

“Kerisauan ini ditambah kerana Seksyen 11(b) memperuntukan bahawa fatwa tersebut termaktub sebagai undang-undang persekutuan (‘be recognized by any court in respect of all matters stated’) dan tidak boleh dicabar di mahkamah di bawah Seksyen 15(3),” katanya dalam kenyataan hari ini ditandatangani bersama oleh 13 pertubuhan termasuk Malaysia Hindu Sangam (MHS), Malaysia Hindhudharma Maamandram (Maamandram) dan Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO).

Media sebelum ini melaporkan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula Isnin lalu di mana ketika ini ia menjadi polemik dalam kalangan beberapa pihak, termasuk agamawan.

BERNAMA pada Jumaat lalu melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata RUU itu bertujuan untuk memperkukuhkan institusi kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan.

RUU itu antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang sudut akidahnya bersumberkan aliran al-Asha’irah dan al-Maturidiah’.

Bagaimanapun RUU berkenaan dikritik beberapa pihak, termasuk Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang bertitah bahawa tidak wajar menyempitkan takrifan ASWJ di negara ini.

Baginda bertitah tindakan seumpama itu tidak bersifat inklusif, bahkan membawa kepada elemen sektarian dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Dalam pada itu, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin turut dilaporkan mengkritik keras Menteri Agama berkaitan RUU tersebut. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *