Antarabangsa
Fethullah Gulen ‘dalang kudeta gagal di Turkiye’ meninggal dunia
Pemimpin Muslim Turkiye, Fethullah Gulen, yang menurut Ankara dalang di belakang rampasan kuasa gagal pada 2016, meninggal dunia di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, demikian lapor media Turkiye dan laman web dikaitkan dengan Gulen dipetik Al Jazeera.
- Pemimpin Muslim Turkiye, Fethullah Gulen, yang menurut Ankara dalang di belakang rampasan kuasa gagal pada 2016, meninggal dunia di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, demikian lapor media Turkiye dan laman web dikaitkan dengan Gulen dipetik Al Jazeera.
- Gulen yang hidup dalam buangan di AS itu berumur 83 tahun.
- Herkul, laman web menerbitkan khutbah Gulen, pada Isnin menerusi platform X berkata Gulen telah meninggal dunia pada petang Ahad di hospital semasa dia dirawat.
- Gulen pernah menjadi sekutu Erdogan tetapi pemimpin nombor satu Turkiye itu menganggapnya bertanggungjawab atas rampasan kuasa tentera (kudeta) gagal pada 2016 di mana kira-kira 250 orang dilaporkan terbunuh dalam insiden itu.
Pemimpin Muslim Turkiye, Fethullah Gulen, yang menurut Ankara dalang di belakang rampasan kuasa gagal pada 2016, meninggal dunia di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, demikian lapor media Turkiye dan laman web dikaitkan dengan Gulen dipetik Al Jazeera.
Gulen yang hidup dalam buangan di AS itu berumur 83 tahun.
Herkul, laman web menerbitkan khutbah Gulen, pada Isnin menerusi platform X berkata Gulen telah meninggal dunia pada petang Ahad di hospital semasa dia dirawat.
Gulen menubuhkan Hizmet, sebuah gerakan Islam yang kuat di Turkiye dan melangkauinya tetapi dia menghabiskan tahun-tahun terakhirnya dituduh mendalangi cubaan rampasan kuasa terhadap Presiden Recep Tayyip Erdogan, tuduhan yang dinafikannya.
Dia pernah menjadi sekutu Erdogan tetapi pemimpin nombor satu Turkiye itu menganggapnya bertanggungjawab atas rampasan kuasa tentera (kudeta) gagal pada 2016 di mana kira-kira 250 orang dilaporkan terbunuh dalam insiden itu.
Ketika rampasan kuasa gagal itu, tentera kudeta dilaporkan menguasai pesawat perang, helikopter dan kereta kebal.
Gulen telah hidup dalam buangan sendiri di AS sejak 1999. – The Merdeka Times