Connect with us

Terkini

MoU kerajaan dan pembangkang pencerobohan kuasa eksekutif – MP PKR

Cadangan memperkenalkan memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan ahli pembangkang adalah contoh pencerobohan kuasa eksekutif iaitu kerajaan yang berkuasa terhadap kebebasan Ahli Parlimen pembangkang yang juga pihak penting dalam Parlimen.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim.
  • Cadangan memperkenalkan memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan ahli pembangkang adalah contoh pencerobohan kuasa eksekutif iaitu kerajaan yang berkuasa terhadap kebebasan Ahli Parlimen pembangkang yang juga pihak penting dalam Parlimen.
  • Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim berkata cadangan mengenakan syarat menandatangani MoU itu juga boleh dianggap sebagai cubaan pihak eksekutif (Kerajaan Persekutuan) untuk melanggar prinsip pengasingan kuasa kerana dengan sengaja cuba melemahkan blok pembangkang di Dewan Parlimen.
  • “Reformasi yang dikehendaki di Parlimen ialah Kerajaan membawa satu Rang Undang-Undang Peruntukan kawasan Parlimen, bahawa Setiap Kawasan Parlimen di seluruh negara diberi hak secara automatik tanpa syarat, tanpa perlu menandatangani sebarang perjanjian atau MoU.
  • “Undang-undang seperti inilah yang mesti diinstitusikan mulai sekarang bukannya MoU seperti yang dihebohkan kini,” kata Hassan menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan susulan Perikatan Nasional (PN) pada Ahad sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN atas empat sebab utama.
  • Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata cadangan MoU itu bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral serta agama selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

KUALA LUMPUR — Cadangan memperkenalkan memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan ahli pembangkang adalah contoh pencerobohan kuasa eksekutif iaitu kerajaan yang berkuasa terhadap kebebasan Ahli Parlimen pembangkang yang juga pihak penting dalam Parlimen.

Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim berkata cadangan mengenakan syarat menandatangani MoU itu juga boleh dianggap sebagai cubaan pihak eksekutif (Kerajaan Persekutuan) untuk melanggar prinsip pengasingan kuasa kerana dengan sengaja cuba melemahkan blok pembangkang di Dewan Parlimen.

“Reformasi yang dikehendaki di Parlimen ialah Kerajaan membawa satu Rang Undang-Undang Peruntukan kawasan Parlimen, bahawa Setiap Kawasan Parlimen di seluruh negara diberi hak secara automatik tanpa syarat, tanpa perlu menandatangani sebarang perjanjian atau MoU.

“Setiap Ahli Parlimen sama ada di blok kerajaan atau di blok pembangkang atau di blok bebas dijanjikan oleh undang-undang untuk mendapat peruntukan kawasan Parlimen masing-masing sama banyak dan sama adil.

“Undang-undang seperti inilah yang mesti diinstitusikan mulai sekarang bukannya MoU seperti yang dihebohkan kini,” kata Hassan menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan susulan Perikatan Nasional (PN) pada Ahad sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN atas empat sebab utama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata cadangan MoU itu bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral serta agama selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

Beliau mendakwa draf itu mengandungi perkara yang dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli Parlimen sedangkan mereka mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata tindakan pembangkang menolak MoU terbabit tidak bererti rundingan berhubung perkara itu telah tamat.

Sebaliknya, kerajaan sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama atau rundingan dengan pembangkang.

Mengulas lanjut, Hassan berkata selepas semua Ahli Parlimen menandatangani dokumen angkat sumpah di hadapan Yang di Pertua atau Speaker Dewan Rakyat, maka mereka terikat dengan sumpah itu dan tidak perlu menandatangani satu lagi MoU lain antara kerajaan dan pembangkang.

“Sifat mengikat MoU itu akan memandulkan dan membonsaikan peranan ahli-ahli parlimen pembangkang dan Gabungan parti pembangkang di Parlimen.

“Mereka hilang kebebasan untuk berperanan sebagai satu kuasa efektif untuk melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan,” kata Hassan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *