Antarabangsa
Tentera Israel guna cloud service, teknologi AI dalam perang Gaza
Komander Tentera Israel mengesahkan perkhidmatan awan (cloud service) Amazon dan alat kecerdasan buatan (AI) Microsoft dan Google digunakan rejim zionis Israel dalam perang Gaza.
- Komander Tentera Israel mengesahkan perkhidmatan awan (cloud service) Amazon dan alat kecerdasan buatan (AI) Microsoft dan Google digunakan rejim zionis Israel dalam perang Gaza.
- Ia berlaku di tengah-tengah peningkatan jumlah perolehan data melibatkan Palestin dan Gaza, demikian lapor +972 Magazine dan laman berita berbahasa Ibrani, Local Call.
- Sebuah rakaman video menunjukkan Komander Unit Pusat Pengkomputeran dan Sistem Maklumat Tentera Israel, Kol. Racheli Dembinsky mendedahkan penggunaan teknologi itu dalam pembentangan kepada kira-kira 100 kakitangan tentera dan industri pada 10 Julai lalu.
- Pembentangan Dembinsky itu merupakan insiden pengesahan pertama tentera rejim menggunakan storan awan (cloud storage) dan perkhidmatan AI dari syarikat gergasi teknologi awam dalam serangan berterusan mereka di wilayah Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.
- Dembinsky menggambarkan storan awan dalaman itu sebagai “platform senjata”, termasuk aplikasi untuk menandakan sasaran pengeboman, portal untuk melihat gambaran langsung dron di langit Gaza, tembakan, arahan dan kawalan.
Komander Tentera Israel mengesahkan perkhidmatan awan (cloud service) Amazon dan alat kecerdasan buatan (AI) Microsoft dan Google digunakan rejim zionis Israel dalam perang Gaza.
Ia berlaku di tengah-tengah peningkatan jumlah perolehan data melibatkan Palestin dan Gaza, demikian lapor +972 Magazine dan laman berita berbahasa Ibrani, Local Call.
Rakaman video menunjukkan Komander Unit Pusat Pengkomputeran dan Sistem Maklumat Tentera Israel, Kol. Racheli Dembinsky mendedahkan penggunaan teknologi itu dalam pembentangan kepada kira-kira 100 kakitangan tentera dan industri pada 10 Julai lalu.
Pusat Komputer dan Sistem Maklumat bertindak mengawasi semua pemprosesan data untuk tentera Israel.
Pembentangan Dembinsky itu merupakan insiden pengesahan pertama tentera rejim, menggunakan storan awan (cloud storage) dan perkhidmatan AI dari syarikat gergasi teknologi awam dalam serangan berterusan mereka di wilayah Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.
Logo Amazon Web Services (AWS), Google Cloud dan Microsoft Azure muncul dua kali dalam pembentangan Dembinsky, menonjolkan “pengoperasian awan” (cloud operation) tentera yang biasanya disimpan pada pelayan (server) dalaman ketenteraan.
Dembinsky menggambarkan storan awan dalaman itu sebagai “platform senjata”, termasuk aplikasi untuk menandakan sasaran pengeboman, portal untuk melihat gambaran langsung dron di langit Gaza, tembakan, arahan dan kawalan.
Bekerjasama dengan syarikat-syarikat ini memberikan “kecekapan operasi yang sangat bermakna” kepada tentera Israel di wilayah Palestin yang dikepung, kata Dembinsky dipetik agensi berita Anadolu. – The Merdeka Times