Connect with us

Terkini

Pelajar perubatan mengaku miliki video pornografi kanak-kanak dirakam dalam tandas gereja

Seorang pelajar perubatan universiti swasta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Muar, Johor pada Rabu atas pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak dirakam menerusi telefon bimbit dalam tandas gereja, bulan lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pelajar perubatan universiti swasta mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak.
  • Tertuduh, Desmond Tan Chee Yong, 20, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, yang menyaksikan mahkamah menetapkan 27 Ogos depan untuk laporan sosial, fakta dan hukuman.
  • Mengikut pertuduhan, dia didakwa dalam milikannya pornografi kanak-kanak di gereja di Pusat Komersial Sialin, jam 9 malam pada 29 Jun lalu.
  • Tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dengan hukumannya penjara sehingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, lapor Berita Harian.
  • Siasatan polis mendapati dalam rakaman terbabit terdapat sembilan mangsa terdiri lima kanak-kanak dan empat dewasa yang sedang mandi serta membuang air.

KUALA LUMPUR — Seorang pelajar perubatan universiti swasta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Muar, Johor pada Rabu atas pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak dirakam menerusi telefon bimbit dalam tandas gereja, bulan lalu.

Tertuduh, Desmond Tan Chee Yong, 20, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, yang menyaksikan mahkamah menetapkan 27 Ogos depan untuk laporan sosial, fakta dan hukuman.

Mengikut pertuduhan, anak sulung daripada dua beradik itu didakwa dalam milikannya pornografi kanak-kanak di gereja di Pusat Komersial Sialin, jam 9 malam pada 29 Jun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dengan hukumannya penjara sehingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, lapor Berita Harian.

Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh memasuki tandas bangunan di tingkat tiga dan meletakkan telefon bimbit dalam sampul duit raya, kemudiannya membuka kamera dan meletakkannya dalam tandas untuk tempoh sejam sebelum mengambilnya semula.

Bagaimanapun pada hari insiden, salah seorang mangsa yang juga kanak-kanak menggunakan tandas sebelum terpandang sampul terbabit di mana mangsa ingin mengetahui objek dalam sampul terbabit selepas merasakan panas ketika menyentuhnya.

Apabila dibuka, mangsa mendapati terdapat telefon bimbit dengan kamera masih terpasang lalu melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan.

Siasatan polis mendapati dalam rakaman terbabit terdapat sembilan mangsa terdiri lima kanak-kanak dan empat dewasa yang sedang mandi serta membuang air.

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin selain diarahkan melapor diri di bu Pejabat Polis Daerah (IPD) setiap bulan sehingga kes selesai.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki gambar lucah atau tidak sopan pada tarikh dan waktu sama.

Majistret Fatin Dalilah Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 sebelum kes disebut semula pada tarikh sama dengan kes di Mahkamah Sesyen. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *