Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Syeikh ‘halau’ trak Pepsi di Lubnan

Seorang lelaki bergelar ‘Syeikh’ menghalang trak menurunkan produk Pepsi di Bar Elias, Lembah Bekaa di selatan Lubnan kerana menurutnya jenama minuman itu bersekongkol dengan rejim Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar seorang lelaki bergelar ‘Syeikh’ menghalang trak menurunkan produk Pepsi di Bar Elias, Lembah Bekaa di selatan Lubnan.

Seorang lelaki bergelar ‘Syeikh’ menghalang trak menurunkan produk Pepsi di Bar Elias, Lembah Bekaa di selatan Lubnan kerana menurutnya jenama minuman itu bersekongkol dengan rejim Israel.

Dikenali sebagai Syeikh Araji dalam video tular di media sosial, lelaki itu dilihat menghalang pekerja Pepsi menurunkan produknya dan memberi amaran supaya syarikat itu tidak lagi memasuki kawasan Bar Elias, sebuah bandar di Lembah Bekaa.

“Di Bar Elias, tiada Pepsi! Entiti zionis Israel dilarang masuk sini! Pergi dan beritahu syarikat kamu bahawa di Bar Elias, jangan kamu masuk atau ia akan dibakar. Allah bersama kamu (beredar sekarang)!

“(Barangan) Ini atau selainnya, (semuanya tak boleh). Inilah syarikat Pepsi. Di Bar Elias, kami halaunya keluar.

“Ia (merujuk Pepsi) menyokong entiti zionis Israel, dan dengan jelas mencetak bendera Isreal atas produknya.

“Kalau kerajaan Lubnan tak menurunkan syarikat ini, mereka bersubahat dengan jenayahnya, inilah harga peluru digunakan untuk membunuh orang kita di Palestin,” kata Syeikh Araji.

Beliau turut mempersoalkan pendirian warga Arab apabila Perancis yang dikenali sebagai negara penghina Rasullullah SAW turut bertindak memulaukan negara rejim zionis itu.

“Malah Perancis pun halang Israel sertai ekspo senjata walhal (dia) negara nombor satu penghina Nabi kita! Apa lagi yang kamu mahu? Kamu Arab!” katanya kepada orang ramai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending