Connect with us

Terkini

Penyelidik cadang Menteri Pendidikan PH & PN bentang Pelan Pembangunan Pendidikan ‘LIVE’ di TV

Penyelidik Pendidikan mencadangkan supaya Menteri Pendidikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) membentangkan Pelan Pembangunan Pendidikan masing-masing secara langsung di televisyen.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Dr Anuar Ahmad yang juga Pensyarah UKM (kiri) & Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kanan).
  • Dr Anuar Ahmad yang juga Pensyarah UKM berkata ini kerana peranan rakyat sepatutnya adalah memilih idea pihak mana lebih baik untuk hala tuju pendidikan anak-anak mereka.
  • Katanya, rakyat adalah pengguna sistem pendidikan yang sudah tentu menginginkan pihak bertanggungjawab memberikan idea dan cadangan untuk memajukan pendidikan negara, di mana cadangan yang baik mesti datang dari hasil kajian, penelitian secara ilmiah dan perbandingan dengan negara lain. 
  • “Sebab itu saya suka mencadangkan supaya Menteri Pendidikan PH dan ‘Menteri Pendidikan’ PN membentangkan Pelan Pembangunan Pendidikan masing-masing kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin ketika memuat naik tangkap layar artikel bertajuk ‘Orang Ramai Disaran Beri Cadangan Pelan Pembangunan Pendidikan Baharu’.

KUALA LUMPUR — Penyelidik Pendidikan mencadangkan supaya Menteri Pendidikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) membentangkan Pelan Pembangunan Pendidikan masing-masing secara langsung di televisyen.

Dr Anuar Ahmad yang juga Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata ini kerana peranan rakyat sepatutnya adalah memilih idea pihak mana lebih baik untuk hala tuju pendidikan anak-anak mereka.

Beliau berkata rakyat adalah pengguna sistem pendidikan yang sudah tentu menginginkan pihak bertanggungjawab memberikan idea dan cadangan untuk memajukan pendidikan negara, di mana cadangan yang baik mesti datang dari hasil kajian, penelitian secara ilmiah dan perbandingan dengan negara lain. 

Malah, katanya pelbagai idea, keluhan dan pandangan sudah lama diberikan rakyat dalam berbagai sesi libat urus, wacana dan media sosial yang sekiranya dikumpul dan direkodkan kita sudah boleh memahami dengan jelas apa rakyat inginkan. 

“Sebab itu saya suka mencadangkan supaya Menteri Pendidikan PH dan ‘Menteri Pendidikan’ PN membentangkan Pelan Pembangunan Pendidikan masing-masing kepada rakyat.

“Ini isu hala tuju pendidikan dan masa depan anak-anak kita. Tak perlu tunggu dekat pilihan raya untuk bersemuka membentangkan perancangan pendidikan negara.

“Yang penting, biar rakyat dengar idea dan cadangan dari kedua belah pihak. Biar rakyat sendiri tentukan idea dan cadangan siapa yang lebih menyakinkan. Idea pendidikan PH atau PN? 

“RTM, TV3 atau AWANI boleh jadi host/penganjur siaran langsung ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin ketika memuat naik tangkap layar artikel bertajuk ‘Orang Ramai Disaran Beri Cadangan Pelan Pembangunan Pendidikan Baharu’.

Antara petikan artikel itu adalah Kementerian Pendidikan (KPM) berkata pihaknya mengalu-alukan cadangan pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik.

Pelan baharu itu bertujuan menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending