Connect with us

Terkini

14 sekolah daif tidak dinaik taraf sejak 2021 di Johor, KPM digesa hapuskan birokrasi

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT UMNO), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa birokrasi di Kementerian Pendidikan (KPM) dihapuskan susulan terdapat 14 sekolah daif di Johor belum dinaik taraf ketika peruntukkan berkaitan telah diluluskan sejak 2021.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT UMNO), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT UMNO), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa birokrasi di Kementerian Pendidikan (KPM) dihapuskan susulan terdapat 14 sekolah daif di Johor belum dinaik taraf ketika peruntukkan berkaitan telah diluluskan sejak 2021.
  • Mohd Puad berkata sistem penyampaian sedia ada terutama melibatkan peruntukan menaik taraf sekolah perlu disemak semula dan adalah lebih baik peruntukan berkenaan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikannya.
  • Menteri, timbalan menteri KPM, ketua setiausaha (KSU), pengarah negeri dan pejabat pendidikan daerah (PPD) juga digesa supaya kerap membuat lawatan mengejut di sekolah.
  • “KPM pernah pulangkan duit RM800 juta kerana tidak dibelanjakan. Bila sekolah pedalaman mohon bajet jawapannya ialah tiada peruntukan.
  • “Semak balik “delivery system” sedia ada. Elok serah sahaja peruntukan itu kepada Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan. Hapuskan birokrasi di KPM,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT UMNO), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa birokrasi di Kementerian Pendidikan (KPM) dihapuskan susulan terdapat 14 sekolah daif di Johor belum dinaik taraf ketika peruntukkan berkaitan telah diluluskan sejak 2021.

Mohd Puad berkata sistem penyampaian sedia ada terutama melibatkan peruntukan menaik taraf sekolah perlu disemak semula dan adalah lebih baik peruntukan berkenaan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikannya.

Beliau juga menggesa menteri, timbalan menteri KPM, ketua setiausaha (KSU), pengarah negeri dan pejabat pendidikan daerah (PPD) supaya kerap membuat lawatan mengejut di sekolah.

“Tiada penjelasan terbuka dari KPM. Menteri senyap. Inikah budaya kerja Kementerian Pelajaran Malaysia?

“KPM pernah pulangkan duit RM800 juta kerana tidak dibelanjakan. Bila sekolah pedalaman mohon bajet jawapannya ialah tiada peruntukan.

“Semak balik “delivery system” sedia ada. Elok serah sahaja peruntukan itu kepada Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan. Hapuskan birokrasi di KPM,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Foto: Tangkap layar hantaran Mohd Puad di Facebook

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Ahad dilaporkan mendedahkan terdapat 19 sekolah di Johor dikategorikan sebagai sekolah daif, berdepan masalah bumbung bocor, kerosakan kerusi meja dan struktur bangunan tidak selamat digunakan.

Onn Hafiz berkata daripada angka tersebut, 14 sekolah diluluskan peruntukan untuk dibaiki sejak 2021, namun selepas tiga tahun tiada satu pun projek sekolah daif tersebut berjaya disiapkan.

“Di manakah silapnya? Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku, sehingga anak-anak kita yang menjadi mangsa karenah birokrasi. Malah, kita memerlukan tambahan guru dan sekolah baharu terutamanya di kawasan Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai.

“Isu ini menggambarkan betapa kritikalnya cabaran pendidikan yang kita hadapi, sehinggakan Pemangku Sultan Johor menitahkan Exco Pendidikan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan Yayasan Pelajaran Johor melaksanakan lawatan kerja penanda aras ke Singapura akhir bulan ini, bagi meningkatkan tahap pendidikan,” katanya dipetik BERNAMA. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di pautan https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending