Connect with us

Terkini

Penyelidik pendidikan kecam pihak menafikan sistem pendidikan negara merosot

Penyelidik pendidikan membidas pihak tertentu yang sebelum ini bermati-matian menafikan sistem pendidikan negara sedang ketinggalan, merosot dan semakin tidak berkesan susulan laporan terkini Bank Dunia menunjukkan sebaliknya.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
  • Penyelidik pendidikan membidas pihak tertentu yang sebelum ini bermati-matian menafikan sistem pendidikan negara sedang ketinggalan, merosot dan semakin tidak berkesan susulan laporan terkini Bank Dunia menunjukkan sebaliknya.
  • Dr Anuar Ahmad berkata beliau sudah berulang kali mengingatkan pihak terbabit tentang perkara itu dan menggesa reformasi untuk membetulkan asas sistem pendidikan kerana tidak cukup hanya menambah baik dan intervensi, sebaliknya asas perlu dibetulkan dahulu.
  • “Malangnya, ada pihak bermati-matian nafikan. Kononnya semua ok. Semua baik -baik sahaja. Orang yang menegur pula diberikan amaran. Kononnya berniat buruk. Kononnya nak menghasut. Tidak bertanggungjawab. Jahat.
  • “Nah, baca sendiri. Laporan Bank Dunia pun mendapati sistem pendidikan negara kurang berkesan. Belanja pendidikan tinggi tetapi hasilnya kurang. 
  • “Nak kata Bank Dunia pun tak bertanggungjawab juga ke?,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘World Bank report says Malaysian children not learning enough in schools’.

KUALA LUMPUR — Penyelidik pendidikan membidas pihak tertentu yang sebelum ini bermati-matian menafikan sistem pendidikan negara sedang ketinggalan, merosot dan semakin tidak berkesan susulan laporan terkini Bank Dunia menunjukkan sebaliknya.

Dr Anuar Ahmad berkata beliau sudah berulang kali mengingatkan pihak terbabit tentang perkara itu dan menggesa reformasi untuk membetulkan asas sistem pendidikan kerana tidak cukup hanya menambah baik dan intervensi, sebaliknya asas perlu dibetulkan dahulu.

“Malangnya, ada pihak bermati-matian nafikan. Kononnya semua ok. Semua baik -baik sahaja. Orang yang menegur pula diberikan amaran. Kononnya berniat buruk. Kononnya nak menghasut. Tidak bertanggungjawab. Jahat.

“Nah, baca sendiri. Laporan Bank Dunia pun mendapati sistem pendidikan negara kurang berkesan. Belanja pendidikan tinggi tetapi hasilnya kurang. 

“Nak kata Bank Dunia pun tak bertanggungjawab juga ke?,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘World Bank report says Malaysian children not learning enough in schools’.

Anuar berkata dalam perkembangan itu, tidak perlu kita membandingkan pendidikan negara dengan Singapura, malah dengan Vietnam sekali negara ini sudah kalah.

Katanya, ibu bapa juga sepatutnya sedar tentang hal ini kerana ia melibatkan masa depan anak-anak mereka.

“Jangan kata nak banding dengan pendidikan di Singapura, dengan Vietnam pun kita dah kalah. Nak nafikan apa lagi?

“Ibu bapa patut sedar tentang hal ini sebab ini tentang masa depan anak-anak mereka. Jangan sampai ‘diperbodohkan….’ kononnya ‘don’t worry, everything is all right’…,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan laporan terkini Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills” memberi gambaran membimbangkan berhubung sistem pendidikan negara ini.

Ini kerana walaupun pendidikan diperuntukkan perbelanjaan besar iaitu 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun pembelajaran pelajar masih ketinggalan berbanding jangkaan.

Laporan itu menyatakan hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5, jauh lebih teruk berbanding rakan serantau (34 peratus berjuang dalam ekonomi serupa). 

Laporan itu menunjukkan ketidakcekapan membimbangkan dengan pelajar Malaysia menghabiskan purata 12.5 tahun di sekolah, namun pembelajaran bersamaan hanya 8.9 tahun, sedangkan pelajar Vietnam mencapai 10.7 tahun pembelajaran dalam jangka masa sama. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Terkini

Lelaki mohon pengisytiharan sebagai Sikh, tidak pernah beragama Islam

Mengaku dibesarkan dalam kepercayaan Sikh sejak kecil, seorang lelaki berusia 28 tahun merujuk mahkamah sivil untuk membuat pengisytiharan dia tidak pernah beragama Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lelaki itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Dis 2023, berhubung dakwaan dia dibesarkan sebagai Sikh oleh arwah ibunya yang mualaf.
  • Menurut afidavit lelaki itu, ibunya, yang meninggal dunia pada 17 Nov 2007, pada mulanya seorang Sikh dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan bapanya, seorang Muslim dari Pakistan, pada 8 Ogos 1993.
  • Lelaki itu berkata dia dilahirkan di Malaysia pada 25 Jun 1996, namun ibunya terus membesarkannya sebagai Sikh dan dia terus diajar Sikh pada zaman kanak-kanaknya oleh bapa saudaranya.
  • MAIWP bagaimanapun memohon untuk membatalkan saman itu tanpa dikenakan perbicaraan penuh dengan alasan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan status agama lelaki itu.
  • Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan MAIWP untuk membatalkan permohonan pada 30 Sept.

KUALA LUMPUR — Mengaku dibesarkan dalam kepercayaan Sikh sejak kecil, seorang lelaki berusia 28 tahun merujuk mahkamah sivil untuk membuat pengisytiharan dia tidak pernah beragama Islam.

Lelaki itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Dis 2023, berhubung dakwaan dia dibesarkan sebagai Sikh oleh arwah ibunya yang mualaf.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagaimanapun memohon untuk membatalkan saman itu tanpa dikenakan perbicaraan penuh dengan alasan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan status agama lelaki itu.

Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan MAIWP untuk membatalkan permohonan pada 30 Sept.

Menurut afidavit lelaki itu, ibunya, yang meninggal dunia pada 17 Nov 2007, pada mulanya seorang Sikh dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan bapanya, seorang Muslim dari Pakistan, pada 8 Ogos 1993.

Lelaki itu berkata dia dilahirkan di Malaysia pada 25 Jun 1996, namun ibunya terus membesarkannya sebagai Sikh dan dia terus diajar Sikh pada zaman kanak-kanaknya oleh bapa saudaranya.

Penduduk di Setapak, Kuala Lumpur itu berhujah bahawa dia tidak tertakluk kepada undang-undang Islam kerana tidak pernah menganut agama itu dan didikan di rumah adalah mengikut kepercayaan dan doktrin Sikh.

“Sehingga hari ini, saya masih mengamalkan agama Sikh dan kerap melawat kuil Sikh bersama bapa-bapa saudara dan keluarga saya dan meraikan semua perayaan-perayaan dan upacara keagamaan Sikh seperti Vaisakhi, Gurpurab, Akand Paath, Bandi Chor Divas dan Lohri.

“Saya tidak pernah menganut Islam secara rela pada bila-bila masa. Saya tidak pernah berdoa mengikut agama Islam atau melawat masjid.

“Saya tidak pernah merayakan mana-mana perayaan umat Islam atau mengamalkan apa-apa kepercayaan Islam, termasuk hanya mengambil makanan atau minuman halal dan berpuasa.

“Sebaliknya, saya biasanya akan menjadi vegetarian setiap kali saya melawat kuil atau sebelum perayaan Sikh,” katanya dipetik MalaysiaKini hari ini.

Pemohon berpendapat Butiran 1 di bawah “Senarai II-Senarai Negeri” Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa undang-undang Islam hanya terpakai kepada orang yang “rela menganut agama Islam”.

“Sepanjang hidup saya, apabila dipanggil untuk membuat pengisytiharan lisan tentang agama pilihan saya, saya sentiasa menjawab ‘Sikhisme’,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending