Connect with us

Antarabangsa

Terkesan boikot perang Gaza, Francais Starbucks Timur Tengah AlShaya akan kurangkan lebih 2,000 pekerja

Perniagaan peruncitan gergasi di negara teluk AlShaya Group, yang memiliki hak mengendalikan Starbucks di Timur Tengah, merancang memberhentikan lebih 2,000 pekerja disebabkan boikot yang dikaitkan dengan perang di Gaza, lapor Reuters memetik sumber.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perniagaan peruncitan gergasi di negara teluk AlShaya Group, yang memiliki hak mengendalikan Starbucks di Timur Tengah, merancang memberhentikan lebih 2,000 pekerja disebabkan boikot yang dikaitkan dengan perang di Gaza, lapor Reuters memetik sumber.
  • Pemberhentian yang bermula pada Ahad melibatkan sekitar 4 peratus daripada hampir 50,000 jumlah tenaga kerja AlShaya.
  • Kebanyakannya tertumpu pada francais Starbucks di Timur Tengah dan Afrika Utara, kata sumber yang enggan dinamakan dalam perkara itu kerana ia bukan maklumat awam.

Perniagaan peruncitan gergasi di negara teluk AlShaya Group, yang memiliki hak mengendalikan Starbucks di Timur Tengah, merancang memberhentikan lebih 2,000 pekerja disebabkan boikot yang dikaitkan dengan perang di Gaza, lapor Reuters memetik sumber.

Pemberhentian yang bermula pada Ahad, melibatkan sekitar 4 peratus daripada hampir 50,000 jumlah tenaga kerja AlShaya dan kebanyakannya tertumpu pada francais Starbucks di Timur Tengah dan Afrika Utara, kata sumber yang enggan dinamakan dalam perkara itu kerana ia bukan maklumat awam.

Tindakan boikot itu membawa kepada situasi perdagangan yang sukar bagi syarikat itu, kata salah seorang sumber.

“Akibat daripada perdagangan yang mencabar sejak enam bulan yang lalu, kami mengambil keputusan yang menyedihkan dan sangat sukar untuk mengurangkan bilangan rakan sekerja di kedai MENA (Middle East North Africa) Starbucks kami,” kata AlShaya dalam satu kenyataan tanpa mengesahkan jumlah pekerjaan terjejas.

AlShaya berkata akan terus menyokong rakan sekerja meninggalkan perniagaan itu dan akan kekal komited kepada rantau ini.

Kumpulan AlShaya, mahupun sumber itu, tidak menyatakan berapa ramai kakitangan kumpulan terbabit bekerja dalam operasi Starbucksnya.

Ditubuhkan pada 1890 di Kuwait, AlShaya merupakan salah satu francais runcit terbesar di rantau itu yang mempunyai hak mengendalikan perniagaan jenama Barat popular, termasuk The Cheesecake Factory dan Shake Shack. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending