Antarabangsa
Lebih 100 penduduk Gaza terbunuh, Menteri Israel sifatkan tentera zionis “bertindak cemerlang”
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menyokong tentera Israel dalam insiden tembakan menyebabkan lebih 100 rakyat Palestin terbunuh ketika menunggu bantuan kemanusiaan di Gaza City semalam.

- Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menyokong tentera Israel dalam insiden tembakan menyebabkan lebih 100 rakyat Palestin terbunuh ketika menunggu bantuan kemanusiaan di Gaza City semalam.
- “Kita mesti memberi sokongan penuh kepada pejuang kita yang menjalankan operasi di Gaza, yang bertindak cemerlang menentang kumpulan Gaza yang cuba mencederakan mereka,” kata Ben-Gvir dalam kenyataan dipetik agensi berita Anadolu dalam laporan MEMO.
- Dia mengulangi tuntutan supaya dihentikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, mendakwa ia ancaman kepada tentera Israel.
- “Hari ini terbukti bahawa kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza bukan sahaja sesuatu kegilaan bila mana tebusan kami pun masih ditahan di wilayah itu.. tetapi juga membahayakan tentera IDF (tentera Israel),” kata Ben-Gvir.
- Menteri Israel itu melabelkan insiden terbabit sebagai “satu lagi sebab jelas mengapa perlu dihentikan hantaran bahan bantuan”.
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menyokong tentera Israel dalam insiden tembakan menyebabkan lebih 100 rakyat Palestin terbunuh ketika menunggu bantuan kemanusiaan di Gaza City semalam.
“Kita mesti memberi sokongan penuh kepada pejuang kita yang menjalankan operasi di Gaza, yang bertindak cemerlang menentang kumpulan Gaza yang cuba mencederakan mereka,” kata Ben-Gvir dalam kenyataan dipetik agensi berita Anadolu dalam laporan MEMO.
Dia mengulangi tuntutan supaya dihentikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, mendakwa ia ancaman kepada tentera Israel.
“Hari ini terbukti bahawa kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza bukan sahaja sesuatu kegilaan bila mana tebusan kami pun masih ditahan di wilayah itu… tetapi juga membahayakan tentera IDF (tentera Israel),” kata Ben-Gvir.
Menteri Israel itu melabelkan insiden terbabit sebagai “satu lagi sebab jelas mengapa perlu dihentikan hantaran bahan bantuan”.
Tentera Israel pada awal Khamis membedil sekumpulan penduduk Palestin yang menunggu bantuan kemanusiaan di selatan Gaza City di kawasan “Bulatan Al-Nabulsi”.
Insiden itu menurut Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya 112 rakyat Palestin maut dan 760 cedera.
Israel melancarkan serangan maut ke atas wilayah Gaza berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu yang menurut Tel Aviv meragut nyawa hampir 1,200 orang warganya.
Bagaimanapun, Haaretz mendedahkan helikopter dan kereta kebal tentera Israel sendiri sebenarnya membunuh 1,139 tentera dan orang awam yang didakwa rejim zionis itu dibunuh kumpulan penentangan Palestin pada hari tersebut.
Sekurang-kurangnya 30,035 rakyat Palestin terbunuh sejak itu dan 70,457 lain cedera di tengah-tengah kemusnahan besar dan kekurangan barang keperluan di wilayah terkepung itu.– The Merdeka Times
