Connect with us

Terkini

KEB 2024: Tidak sepatutnya kaum majoriti hanya disasar miliki 30 peratus kekayaan negara

Tidak sepatutnya Bumiputera, kaum majoriti di negara ini yang mewakili lebih 60 peratus populasi Malaysia, hanya disasarkan memiliki 30 peratus daripada kekayaan negara.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif.
  • Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berharap Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) menjadi pemangkin bagi hasrat kerajaan menjadikan kekayaan Bumiputera selari peratusan populasi mereka.
  • Ahmed Razman berkata kekayaan itu bukan semata-mata berkenaan ekuiti, tetapi mesti merangkumi purata gaji, pendapatan isi rumah, pemilikan hartanah dan jumlah caruman EPF.
  • “Kalau 66 peratus dari segi populasi sepatutnya kekayaan pun 66 peratus, bukan 30 peratus yang setakat target sekarang ini.  
  • “Hal ini adalah amat penting sebab, macam apa orang kata tidak patutlah, kaum yang majoriti tetapi kekayaan bukannya majoriti,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hasil Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu dengan menggariskan lebih 80 resolusi sebagai agenda pemerkasaan bumiputera.
  • Ahmed Razman juga bersetuju dengan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar bahawa pemerkasaan bumiputera perlu dilebarkan kepada sektor swasta.

KUALA LUMPUR — Tidak sepatutnya Bumiputera, kaum majoriti di negara ini yang mewakili lebih 60 peratus populasi Malaysia, hanya disasarkan memiliki 30 peratus daripada kekayaan negara.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berharap Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) menjadi pemangkin bagi hasrat kerajaan menjadikan kekayaan Bumiputera selari peratusan populasi mereka.

Ahmed Razman berkata kekayaan itu bukan semata-mata berkenaan ekuiti, tetapi mesti merangkumi purata gaji, pendapatan isi rumah, pemilikan hartanah dan jumlah caruman  EPF.

“Kongres Bumiputera diharapkan dapat menjadi pemangkin, pencetus untuk hasrat kerajaan menjadikan bumiputera sebagai kaum yang terbesar dari segi populasi di negara ini turut menjadi kaum mendapat limpahan kekayaan negara setaraf dengan peratusan populasi (bumiputera).

“Kalau 66 peratus dari segi populasi sepatutnya kekayaan pun 66 peratus, bukan 30 peratus yang setakat target sekarang ini.  

“Hal ini adalah amat penting sebab, macam apa orang kata tidak patutlah, kaum yang majoriti tetapi kekayaan bukannya majoriti,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hasil Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu dengan menggariskan lebih 80 resolusi sebagai agenda pemerkasaan bumiputera.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, ketika sesi rumusan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada Khamis lalu, dilaporkan sebagai berkata adalah penting dasar pemerkasaan bumiputera dilebarkan kepada sektor swasta.

Abdul Wahid berkata sekiranya dulu sektor awam menyumbang kepada separuh daripada ekonomi negara, namun pada 2023 sektor awam termasuk pelaburan dan penggunaan menyumbang hanya 17.8 peratus daripada KDNK negara, di mana selebihnya paling besar 76.2 peratus sumbangan pelaburan dan penggunaan di sektor swasta. 

Ini bermakna ekonomi sektor swasta adalah 4.3 kali ganda lebih besar berbanding sektor awam, maka jika dasar pemerkasaan dan polisi hanya berfokus sektor awam ia akan menyaksikan penyertaan pemilikan dan penguasaan bumiputera akan terus menjadi rendah.

Mengulas pandangan itu, Ahmed Razman bersetuju dengan Abdul Wahid bahawa pemerkasaan bumiputera perlu dilebarkan kepada sektor swasta.

“Kerana kalau dilihatlah data ataupun statistik berkaitan sebagai contoh kekayaan, pendapatan bumiputera, kalau kita lihat dari segi pemilikan ekuiti, dari segi syarikat pemilikan bumiputera, dari segi gaji purata, pendapatan isi rumah kalau ikutkan memang jauh ketinggalan berbanding kaum lain dan ini semua disebabkan kurangnya pemerkasaan ke atas kaum bumiputera dalam sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata jika dilihat jumlah tenaga kerja di Malaysia sekitar 16 juta dan kakitangan awam hanya 1.5 juta, ini bermakna majoriti di sektor swasta dari segi pekerjaan.

Justeru, katanya, amat penting fokus diberikan kepada pemerkasaan bumiputera dalam sektor swasta. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending