Connect with us

Antarabangsa

AS bina pelabuhan sementara, UNRWA persoal mengapa guna cara sukar untuk bantu Gaza?

Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara di Gaza oleh tentera Amerika Syarikat (AS) merupakan langkah penyelesaian yang rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu menerusi jalan raya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS bina pelabuhan sementara, UNRWA persoal mengapa guna cara sukar untuk bantu Gaza?
Foto: Juliette Touma, Pengarah Komunikasi UNRWA.
  • Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara di Gaza oleh tentera Amerika Syarikat (AS) merupakan langkah penyelesaian yang rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu menerusi jalan raya.
  •  jika benar AS mahu membantu Gaza, cara yang paling cekap dan berkesan adalah dengan memberi lebih banyak tekanan kepada pihak berkuasa zionis Israel untuk menambah waktu bekerja mereka yang bertugas di pusat pemeriksaan yang menjadi laluan lori bantuan antara Israel dan Gaza di Karem Abu Salem. – Juliette Touma, Pengarah Komunikasi UNRWA.
  • Selain itu katanya, Israel perlu dinasihatkan untuk membuka lebih banyak laluan dan menambah bilangan trak yang dibenarkan masuk ke Gaza.

Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara di Gaza oleh tentera Amerika Syarikat (AS) merupakan langkah penyelesaian yang rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu menerusi jalan raya.

Menurut Juliette Touma, sebarang usaha untuk membawa lebih banyak bantuan kemanusiaan ke Gaza untuk membantu mereka yang terdesak sememangnya dialu-alukan.

“Bagaimanapun, ada cara yang lebih cekap, lebih murah, lebih cepat untuk mendapatkan bantuan ke Gaza, dan itu adalah melalui jalan raya.”

Beliau menambah, jika benar AS mahu membantu Gaza, cara yang paling cekap dan berkesan adalah dengan memberi lebih banyak tekanan kepada pihak berkuasa zionis Israel untuk menambah waktu bekerja mereka yang bertugas di pusat pemeriksaan yang menjadi laluan lori bantuan antara Israel dan Gaza di Karem Abu Salem.

Selain itu katanya, Israel perlu dinasihatkan untuk membuka lebih banyak laluan dan menambah bilangan trak yang dibenarkan masuk ke Gaza.

Touma memberitahu Al Jazeera bahawa sekurang-kurangnya 500 trak bantuan diperlukan setiap hari untuk memenuhi keperluan orang awam Palestin di Gaza. Itu adalah purata bilangan trak yang memasuki Gaza sebelum perang,

Namun selepas 7 Oktober tahun lalu, purata harian trak yang memasuki semenanjung tersebut hanyalah 90 trak dan pernah serendah tujuh atau sembilan pada beberapa hari.

Sekatan zionis turut mengakibatkan ratusan trak yang sarat dengan bantuan buat penduduk Gaza, tersadai dan  menunggu di sempadan Mesir.

Turut membidas AS, Ketua Pegawai Eksekutif pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa Ground Truth Solutions, Meg Sattler.

Menurutnya masa tidak wajar dibazirkan dalam keadaan kritikal sebegini.

“Berapa lama masa yang diperlukan untuk membina pelabuhan ini? Orang ramai mati kelaparan sekarang. Perancangan masa yang tepat mampu menjadi intervensi terbaik buat mereka yang sedang kebuluran ini.Mereka tidak mempunyai minggu,” jelasnya.

Bagaimanapun menurut ahli politik Palestin, Mustafa Barghouti kepada Al Jazeera minggu lalu, inisiatif AS ini hanyalah satu lagi usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar.

“Ia nampaknya hanyalah satu lagi usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar , iaitu 700,000 orang kelaparan dari Utara Gaza dan Israel tidak membenarkan bantuan kemanusiaan diperlukan kepada mereka,” tegasnya. – The Merdeka Times

Author