Terkini
Anwar pertahan hubungan dengan Hamas dalam lawatan kerja ke Jerman
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahankan hubungan berterusan negara ini dengan kumpulan pejuang Hamas, semasa lawatan kerja rasminya ke Jerman.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahankan hubungan berterusan negara ini dengan kumpulan pejuang Hamas, semasa lawatan kerja rasminya ke Jerman.
- āSaya tidak meminta maaf mengenainya.ā āKami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana sayap tentera dan saya telah menjelaskan perkara ini kepada ramai rakan sekerja Eropah (dan) Amerika Syarikat,ā jelas beliau.
- Datuk Seri Anwar turut menggesa orang ramai untuk āmemahami punca masalahā sehinggaĀ mencetuskan konflik tersebut.
- Beliau berkata kekejaman dan rampasan yang dilakukan terhadap hak rakyat Palestin dalam tempoh beberapa dekad yang menjadi punca kepada krisis berpanjangan ini.
BERLIN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahankan hubungan berterusan negara ini dengan kumpulan pejuang Hamas, semasa lawatan kerja rasminya ke Jerman.
Dalam sidang media bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz di Berlin, Jerman, Datuk Seri Anwar berulang kali ditanya oleh media antarabangsa mengenai hubungan Malaysia ā Hamas yang dilihat sekian lama sudah terjalin selain pendiriannya terhadap peperangan yang melanda wilayah tersebut.
Beliau menegaskan hubungan Malaysia adalah dengan sayap politik Hamas dan tidak punya sebarang kaitan dengan mana-mana sayap tentera pejuang tersebut.
Ā āSaya tidak meminta maaf mengenainya.ā
āKami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana sayap tentera dan saya telah menjelaskan perkara ini kepada ramai rakan sekerja Eropah (dan) Amerika Syarikat,ā jelas beliau.
Datuk Seri Anwar turut menggesa orang ramai untuk āmemahami punca masalahā sehinggaĀ mencetuskan konflik tersebut.
Ā āApa yang saya tolak sekeras-kerasnya ialah naratif ini, obsesi ini, seolah-olah keseluruhan masalah bermula dan berakhir pada 7 Oktober,ā katanya.
Sebaliknya beliau berkata kekejaman dan rampasan yang dilakukan terhadap hak rakyat Palestin dalam tempoh beberapa dekad yang menjadi punca kepada krisis berpanjangan ini.
Disebabkan itu tambah beliau, Malaysia dengan Jerman bersetuju dalam beberapa aspek seperti mendesak penyelesaian dua negara.
Malaysia dan Jerman juga menggesa agar gencatan senjata kekal di Gaza, dengan pembebasan tawanan, di samping bantuan kemanusiaan dipercepat kepada rakyat Palestin.
āSaya bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Canselor mengenai penyelesaian akhir dua negara untuk memastikan wujudnya keamanan bagi kedua-dua negara dan bekerja bersama-sama untuk memastikan terdapat pembangunan ekonomi dan kemajuan bagi penduduk di kawasan itu,ā katanya. ā The Merdeka Times
