Connect with us

Antarabangsa

112 rakyat Palestin maut diserang tentera Israel ketika dapatkan bantuan kemanusiaan

Angka kematian rakyat Palestin dibunuh tentera Israel ketika menunggu bantuan kemanusiaan di Gaza pada awal Khamis meningkat kepada 112 orang dan berkemungkinan meningkat lagi, kata Kementerian Kesihatan di wilayah konflik itu kepada agensi berita Anadolu.

A.R. Khan

Published

on

112 rakyat Palestin maut diserang tentera Israel ketika dapatkan bantuan kemanusiaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Angka kematian rakyat Palestin dibunuh tentera Israel ketika menunggu bantuan kemanusiaan di Gaza pada awal Khamis meningkat kepada 112 orang dan berkemungkinan meningkat lagi, kata Kementerian Kesihatan di wilayah konflik itu kepada agensi berita Anadolu.

Jurucakapnya, Ashraf al-Qudra berkata ramai cedera dalam keadaan kritikal kerana mereka ditembak di bahagian atas badan.

Ketua Jabatan Media Kerajaan berpangkalan di Gaza, Ismail Thawabteh memanggil insiden maut itu sebagai “the flour massacre” (insiden pembunuhan tepung).

“Para syuhada dalam insiden flour massacre mati kerana ditembak secara langsung menggunakan peluru Israel,” kata Thawabteh.

Beliau berkata tentera Israel dari awal lagi tahu bahawa rakyat Palestin akan tiba di kawasan itu untuk menerima bantuan makanan.

Thawabteh menuduh Israel mereka-reka dakwaan berkenaan insiden itu. 

Beliau berkata rejim Israel mengamalkan penyebaran maklumat salah dan cuba mengelak dari bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai dilakukannya.

Melapor dari tempat kejadian, Ismail al-Ghoul dari Al Jazeera berkata kereta kebal Israel melanggar banyak mayat dan mereka yang cedera selepas melepaskan tembakan.

“Ia adalah pembunuhan beramai-ramai, di samping kebuluran yang mengancam rakyat di Gaza,” katanya.

Melapor dari Baitulmaqdis Timur yang diduduki, Bernard Smith dari Al Jazeera pula berkata, tentera Israel “pada mulanya cuba menyalahkan orang ramai” dengan mengatakan puluhan dari mereka cedera akibat dihempap ketika trak bantuan tiba.

“Kemudian, selepas beberapa desakan, Israel terus mengatakan tentera mereka berasa terancam, bahawa ratusan menghampiri tentera mereka dengan cara seolah-olah memberikan ancaman lalu mereka bertindak balas dengan melepaskan tembakan,” kata Smith.

Menurut saksi kejadian, insiden itu berlaku pada waktu subuh Khamis ketika ratusan penduduk Palestin sedang menunggu penerimaan bahan bantuan berhampiran kawasan bulatan al-Nabulsi, selatan Gaza City.

Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sejak serangan balas Hamas pada 7 Oktober tahun lalu ekoran pembantaian berterusan rejim zionis ke atas Palestin sejak 1948, yang menurut Tel Aviv membunuh hampir 1,200 orang.

Sekurang-kurangnya 30,035 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,457 yang lain cedera di tengah-tengah kemusnahan besar dan kekurangan bahan keperluan di wilayah terkepung itu. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending