Connect with us

Antarabangsa

Pemilu 2024: 80 peratus rakyat Indonesia mahu pembaharuan menerusi Anies Baswedan – Pensyarah

Hampir 80 peratus rakyat Indonesia mahu Anies Baswedan diangkat sebagai presiden baharu susulan Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 pada minggu lalu sekiranya dilihat daripada kempen sebelum ini, demikian dakwa seorang pensyarah Indonesia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Calon presiden Indonesia, Prabowo Subianto (kiri) ,Anies Baswedan (tengah) dan Ganjar Pranowo (kanan).
  • Hampir 80 peratus rakyat Indonesia mahu Anies Baswedan diangkat sebagai presiden baharu susulan Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 pada minggu lalu sekiranya dilihat daripada kempen sebelum ini, demikian dakwa seorang pensyarah Indonesia.
  • Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Bisnis, Universitas Islam Riau, Syahdanur Amirsyah atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Shah berkata, ini kerana rakyat menginginkan ada pembaharuan dalam kehidupan mereka yang ketika ini disifatkan terlalu ‘mencekik’.
  • “Dalam kehidupan rakyat mungkin sebagai contoh di Indonesia hari ini harga sekilogram beras itu sudah sampai 17 ribu (rupiah) kalau diringgitkan sekitar RM5 lebih, kalau kita bandingkan dengan Malaysia itu, malah lebih murah Malaysia.
  • “Kemudian petrol, petrolkan lebih murah di Malaysia dibandingkan Indonesia. Banyak hal lagi yang mungkin kalau kita identifikasi banyak sekali hal-hal buatkan rakyat makin sekarat gitu,” katanya kepada The Merdeka Times, di sini pada Khamis.
  • Cikgu Shah memberitahu terdapat dakwaan berlakunya penipuan luar biasa yang dinamakan sebagai TSM iaitu terstruktur, sistematik dan masif di mana ia dimulai dari sebelum pengundian, saat pengundian dan selepas pengundian membabitkan pihak berkuasa.
  • “Jadi misalnya,  01 (Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar) dapat  berapa undian, 02 (Prabowo Subianto-Gibran) dapat 70, 03 (Ganjar-Mahfud) dapat 15. Jadi di Sirekap (sistem kira undi) itu muncul 01 tetap (undian asal kekal),  02 jadi 700 begitu. Jadi luar biasa pengumpulan suara (kutipan undi) kalau dalam istilah Indonesianya begitu,” katanya.

KUALA LUMPUR — Hampir 80 peratus rakyat Indonesia mahu Anies Baswedan diangkat sebagai presiden baharu susulan Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 pada minggu lalu sekiranya dilihat daripada kempen sebelum ini, demikian dakwa seorang pensyarah Indonesia.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Bisnis, Universitas Islam Riau, Syahdanur Amirsyah atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Shah berkata, ini kerana rakyat menginginkan ada pembaharuan dalam kehidupan mereka yang ketika ini disifatkan terlalu ‘mencekik’.

“Dalam kehidupan rakyat mungkin sebagai contoh di Indonesia hari ini harga sekilogram beras itu sudah sampai 17 ribu (rupiah) kalau diringgitkan sekitar RM5 lebih, kalau kita bandingkan dengan Malaysia itu, malah lebih murah Malaysia.

“Kemudian petrol, petrolkan lebih murah di Malaysia dibandingkan Indonesia. Banyak hal lagi yang mungkin kalau kita identifikasi banyak sekali hal-hal buatkan rakyat makin sekarat gitu.

“Bajak naik, tol naik sementara pada saat bersama gaji-gaji pentadbiran dinaikkan,” katanya kepada The Merdeka Times, di sini pada Khamis.

Cikgu Shah berkata antara sebab lain rakyat lebih menginginkan Anies sebagai presiden baharu adalah kerana program-program (manifesto) ditawarkan.

Beliau berkata contohnya program ditawarkan Anies adalah pendidikan percuma di mana kos pendidikan di negara itu sangat mahal sedangkan pendapatan rakyatnya rendah.

“Kalau kita tengok program dia (Anies) jelas pendidikan gratis (percuma). Jadi kalau kita ambil salah satu, 01 (Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar) itu pendidikan dia gratis. Kalau 02 (Prabowo Subianto-Gibran) makan gratis kalau 03 (Ganjar-Profesor Mahfud) internet gratis.

“Bagi rakyat yang kebanyakan terhimpit mahalnya biaya (kos) pendidikan akan lebih memilih Pak Anies apalagi dia sudah ada pengalaman selama 5 tahun sebagai gabenor di daerah khusus ibu kota di Jakarta.

“Semuanya dia lakukan itu diingati rakyat Indonesia. Program-program dilakukan di Jakarta ada jejaknya gitu nampak gitu (rakyat dapat melihat hasilnya),” katanya.

Cikgu Shah juga memberitahu terdapat dakwaan berlakunya penipuan luar biasa yang dinamakan sebagai TSM iaitu terstruktur, sistematik dan masif, di mana ia bermula sebelum, ketika dan selepas pengundian membabitkan pihak berkuasa.

Beliau berkata dakwaan itu bukan rekaannya semata-mata, sebaliknya ia sudah menjadi viral di Indonesia.

“Sebagai contoh itu viral boleh dicheck di media sosial…. yang terjadi itu sistem Sirekap (Sistem Maklumat Rekapitulasi Elektronik) tidak berfungsi.

“Jadi di TPS (tempat pembuangan suara atau pos mengundi) kalau di Indonesia ada 800 ribu TPS misalnya, setiap TPS paling maksimal (maksimum) ada 250 sampai 300 pengundi. 

“Tetapi di mesin Sirekap (kira suara/undi) itu bisa (boleh) muncul sampai 500 sampai 700, maka ada satu TPS di kampung sampai 3 juta, 500 dan itu diakui pihak KPU (Komisi Pemilihan Umum) kalau di Malaysia SPR kan (Suruhanjaya Pilihan Raya) diakui KPU bahkan dia minta maaf.

“Jadi misalnya,  01 dapat  berapa undian, 02 dapat 70, 03 dapat 15. Jadi di sirekap itu muncul 01 tetap (undian asal kekal),  02 jadi 700 begitu. Jadi luar biasa pengumpulan suara (kutipan undi) kalau dalam istilah Indonesianya begitu,” kata Cikgu Shah. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *