Connect with us

Terkini

Anak bumiputera keciciran pendidikan : “Usah bantu bumiputera miskin dan malas” – Penyelidik Pendidikan

Kemiskinan bukan lagi punca utama anak-anak bumiputera keciciran dalam pendidikan, sebaliknya ia disebabkan sikap ibu bapa yang tidak mementingkan perkara itu.

Hidayah Sani

Published

on

Anak bumiputera keciciran pendidikan : “Usah bantu bumiputera miskin dan malas” – Penyelidik Pendidikan
Foto: Penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
  • “Jadi bukanlah miskin itu menjadi punca mengapa anak-anak bumiputera ketinggalan. Tetapi SIKAP ibu bapa yang tidak pentingkan pendidikan adalah punca utama.” – Penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
  • “Ada banyak kes, anak-anak ponteng sekolah, ibu bapa tak tahu. Ada keadaan ibu bapa langsung tidak memeriksa kerja rumah anak-anak yang diberikan oleh guru. Malah ada ibu bapa yang tak kisah pun kalau anak-anak mereka berhenti sekolah.
  • “Jadi, kita harus belajar dari pengalaman ini. Jika nak jayakan pendidikan anak-anak bumiputera miskin, kerajaan perlu ada polisi bantuan yang menggunakan pendekatan pro-progresif. Beri bantuan pada ibu bapa Bumiputera yang mahu majukan anak-anak dalam pendidikan.
  • “Bukan beri bantuan pada semua ibu bapa tanpa ada pendekatan pro progresif. Misalnya, jangan ‘ditaburkan’ duit rakyat untuk tujuan bantuan pendidikan pada semua keluarga bumiputera miskin, tanpa ada sasaran. Akhirnya, duit rakyat dibelanjakan secara tidak berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Kemiskinan bukan lagi punca utama anak-anak bumiputera keciciran dalam pendidikan, sebaliknya ia disebabkan sikap ibu bapa yang tidak mementingkan perkara itu.

Penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad berkata walaupun miskin, ada ibu bapa bumiputera yang mementingkan pendidikan anak-anak akan berusaha mencari peluang memajukan pendidikan anak-anak mereka, selain bantuan kerajaan juga banyak membantu usaha mereka.

Beliau berkata ini bermaksud jika ibu bapa mempunyai sikap untuk berusaha walaupun miskin, anak-anak mereka tetap boleh berjaya dalam pendidikan. 

“Jadi bukanlah miskin itu menjadi punca mengapa anak-anak bumiputera ketinggalan. Tetapi SIKAP ibu bapa yang tidak pentingkan pendidikan adalah punca utama.

“Ada banyak kes, anak-anak ponteng sekolah, ibu bapa tak tahu. Ada keadaan ibu bapa langsung tidak memeriksa kerja rumah anak-anak yang diberikan oleh guru. Malah ada ibu bapa yang tak kisah pun kalau anak-anak mereka berhenti sekolah.

“Jadi, kita harus belajar dari pengalaman ini. Jika nak jayakan pendidikan anak-anak bumiputera miskin, kerajaan perlu ada polisi bantuan yang menggunakan pendekatan pro-progresif. Beri bantuan pada ibu bapa Bumiputera yang mahu majukan anak-anak dalam pendidikan.

“Bukan beri bantuan pada semua ibu bapa tanpa ada pendekatan pro progresif. Misalnya, jangan ‘ditaburkan’ duit rakyat untuk tujuan bantuan pendidikan pada semua keluarga bumiputera miskin, tanpa ada sasaran. Akhirnya, duit rakyat dibelanjakan secara tidak berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Anuar berkata disebabkan sikap segelintir ibu bapa ini juga menyebabkan berbilion ringgit duit rakyat yang dilaburkan buat anak-anak bumiputera tidak mendatangkan hasil apabila mereka kekal ketinggalan dalam pendidikan.

Beliau berkata bantuan pendidikan anak-anak bumiputera perlu bersasar dan diberi fokus kepada ibu bapa bumiputera miskin yang mahukan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan, mempunyai sikap ‘growth mindset’ dan menunjukkan sikap pentingkan pendidikan  anak-anak mereka. 

Katanya, kerajaan perlu mendidik kelompok ibu bapa ini supaya mementingkan pendidikan anak-anak sendiri juga mulai memberikan bantuan berdasarkan usaha mereka dalam memajukan pendidikan anak-anak mereka sendiri. 

“Jangan bantu orang yang malas. Walaupun mereka adalah bumiputera miskin. Itu kerja yang sia-sia,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending