Connect with us

Antarabangsa

Muslim di India berdepan diskriminasi, hak ekonomi dan pendidikan dinafikan – Aktivis sosial

Umat Islam di India berdepan diskriminasi dan hak mereka dalam pendidikan dan ekonomi turut dinafikan, kata aktivis sosial, Abdul Malik Mujahid.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Muslim di India berdepan diskriminasi, hak ekonomi dan pendidikan dinafikan – Aktivis sosial
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Umat Islam di India berdepan diskriminasi dan hak mereka dalam pendidikan dan ekonomi turut dinafikan, kata aktivis sosial, Abdul Malik Mujahid.
  • Dalam temubual dengan agensi berita Anadolu awal minggu ini, Abdul Malik yang juga Presiden Justice For All berkata walaupun warga Muslim India meraih pencapaian tinggi dalam pendidikan, mereka sukar mendapat kerja bersesuaian dengan kelulusan.
  • Menyoroti perbualannya dengan seorang pemuda Muslim yang mengayuh beca di New Delhi, Abdul Malik berkongsi tentang cabaran dihadapi Muslim berpelajaran yang tetap gagal mendapat kerja bersesuaian dengan kelulusannya.
  • “Saya ada ijazah sarjana dan semua abang dan kakak saya juga mempunyai kelulusan sarjana, tetapi kami gagal mendapat kerja. Jadi kami bekerja seperti buruh,” kata Abdul Malik memetik pemuda Muslim itu.
  • Mengulas lanjut tentang ekonomi, beliau berkata meskipun jumlah umat Islam mewakili 15 peratus daripada populasi India, namun hanya satu peratus saja diserap ke dalam sektor awam.
  • Golongan kasta Hindu Brahman pula hanya mewakili 3.5 peratus penduduk India, tetapi menduduki 61 peratus dalam perjawatan awam, kata Abdul Malik.

Umat Islam di India berdepan diskriminasi dan hak mereka dalam pendidikan dan ekonomi turut dinafikan, kata aktivis sosial, Abdul Malik Mujahid.

Dalam temubual dengan agensi berita Anadolu awal minggu ini, Abdul Malik yang juga Presiden Justice For All berkata walaupun warga Muslim India meraih pencapaian tinggi dalam pendidikan, mereka sukar mendapat kerja bersesuaian dengan kelulusan.

Menyoroti perbualannya dengan seorang pemuda Muslim yang mengayuh beca di New Delhi, Abdul Malik berkongsi tentang cabaran dihadapi Muslim berpelajaran yang tetap gagal mendapat kerja bersesuaian dengan kelulusannya.

“Saya ada ijazah sarjana dan semua abang dan kakak saya juga mempunyai kelulusan sarjana, tetapi kami gagal mendapat kerja. Jadi kami bekerja seperti buruh,” kata Abdul Malik memetik pemuda Muslim itu.

Abdul Malik berkata itulah sebabnya mengapa Muslim secara keseluruhannya tertinggal di belakang orang Hindu dalam pekerjaan dan pendidikan di India.

Beliau mendedahkan terdapat insiden di mana kanak-kanak beragama Islam berusia tujuh tahun menghadapi diskriminasi di sekolah.

“Kanak-kanak tersebut dipukul cikgu itu dan dilabel sebagai ‘Mohammedan’. Guru itu turut mengarahkan murid Hindu lain untuk memukul kanak-kanak Muslim,” katanya.

Abdul Malik juga memberitahu pelajar Muslimah berhijab dihalang dari memasuki institusi pendidikan seperti sekolah menyebabkan ada di antara mereka tidak belajar untuk beberapa tahun.

Mengulas lanjut tentang ekonomi, beliau berkata meskipun jumlah umat Islam mewakili 15 peratus daripada populasi India, namun hanya satu peratus saja diserap ke dalam sektor awam.

Katanya, golongan kasta Hindu Brahman pula hanya mewakili 3.5 peratus penduduk India, tetapi menduduki 61 peratus dalam perjawatan awam.

Produk bersijil halal pula menghadapi penolakan masyarakat Hindu kerana dianggap sebagai “peluasan ekonomi Islam”, kata Abdul Malik. 

Kumpulan pelampau Hindu juga menyebabkan penduduk India ketakutan dengan mengaitkan pendapatan itu dengan keganasan. – The Merdeka Times

Author