Connect with us

Antarabangsa

Jenayah seksual kanak-kanak, Pemimpin komuniti LGBT Kanada ditahan

Seorang pemimpin komuniti LGBT di Kanada ditahan polis atas tuduhan jenayah seksual kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Seorang pemimpin komuniti LGBT di Kanada ditahan polis atas tuduhan jenayah seksual kanak-kanak.
Foto: Pemimpin Komuniti LGBT di Kanada, Sean Edward Leonard Gravelss.
  • Seorang pemimpin komuniti LGBT di Kanada ditahan polis atas tuduhan jenayah seksual kanak-kanak.
  • Individu itu adalah Sean Edward Leonard Gravelss, 39, yang juga Presiden North Peace Pride Society, gerakan kelompok songsang itu yang berpusat di utara British Columbia.
  • Jurucakap Pejabat Pendakwaan British Columbia memaklumkan kepada Fox News Digital, Gravells ditahan atas dakwaan gangguan seksual, penyalahgunaan seksual, pemilikan pornografi kanak-kanak dan menerima atau menyebarkan pornografi kanak-kanak.
  • Jurucakap itu dipetik portal Ruetir sebagai berkata, dua kesalahan pertama didakwa berlaku pada 29 Disember 2023, manakala pertuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak berlaku pada 31 Disember 2023.
  • Keempat-empat tuduhan itu dilaporkan berlaku berhampiran Fort St John di British Columbia.

Seorang pemimpin komuniti LGBT di Kanada ditahan polis atas tuduhan jenayah seksual kanak-kanak.

Individu itu adalah Sean Edward Leonard Gravelss, 39, yang juga Presiden North Peace Pride Society, gerakan kelompok songsang itu yang berpusat di utara British Columbia.

Jurucakap Pejabat Pendakwaan British Columbia memaklumkan kepada Fox News Digital, Gravells ditahan atas dakwaan gangguan seksual, penyalahgunaan seksual, pemilikan pornografi kanak-kanak dan menerima atau menyebarkan pornografi kanak-kanak.

Jurucakap itu dipetik portal Ruetir sebagai berkata, dua kesalahan pertama didakwa berlaku pada 29 Disember 2023, manakala pertuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak berlaku pada 31 Disember 2023.

Keempat-empat pertuduhan itu dilaporkan berlaku berhampiran Fort St John di British Columbia.

Gravells hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kali pertama dan dibebaskan dengan jaminan $2,000 (RM6,944) sebelum dijadualkan untuk hadir ke perbicaraan terbaru pada 29 Januari depan.

Dalam berita berasingan dilaporkan CBC, Gravelss dipecat daripada jawatannya selaku Presiden North Peace Pride Society dan biografinya dalam laman sesawang organisasi itu telah dipadamkan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

90 terbunuh, 300 cedera Israel bedil “zon selamat” Al-Mawasi

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.
  • Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.
  • Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.
  • Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.

Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

“Tentera pendudukan melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan mengebom kem orang ramai yang terusir di kawasan Al-Mawasi di Khan Younis… (dengan mangsanya) melibatkan individu dan pegawai dari Pertahanan Awam, menurut kiraan awal,” katanya.

Al Jazeera melaporkan lebih 38,443 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 88,481 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending