Connect with us

Antarabangsa

Israel hanya berjaya bunuh 20-30 peratus pejuang Hamas di Gaza – WSJ

Israel dilaporkan hanya membunuh sekitar 20-30 peratus pejuang Hamas di Gaza sejak serangan rentas sempadan 7 Oktober lalu oleh pejuang Palestin di wilayah diduduki itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel hanya berjaya bunuh 20-30 peratus pejuang Hamas di Gaza – WSJ
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel dilaporkan hanya membunuh sekitar 20-30 peratus pejuang Hamas di Gaza sejak serangan rentas sempadan 7 Oktober lalu oleh pejuang Palestin di wilayah diduduki itu.
  • Laporan itu berdasarkan anggaran perisikan Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ) pada Ahad lalu.
  • Dalam laporan sulit disusun awal bulan ini, Washington menganggarkan Hamas mempunyai sekitar 25,000 dan 30,000 pejuang di Gaza sebelum perang dengan ribuan lain sebagai anggota polis dan pihak berkuasa di wilayah konflik itu.
  • Hasil dapatan itu dianggarkan berdasarkan pintasan komunikasi, pengawasan dron dan perisikan Israel.
  • Sebagai tambahan kepada anggaran 5,000 hingga 9,000 pejuang Hamas yang terkorban, 10,500 hingga 11,700 pejuang Hamas dianggarkan tercedera, kata seorang pegawai AS kepada WSJ, menjelaskan ramai daripada mereka boleh kembali bertempur.

Israel dilaporkan hanya membunuh sekitar 20-30 peratus pejuang Hamas di Gaza sejak serangan rentas sempadan 7 Oktober lalu oleh pejuang Palestin di wilayah diduduki itu.

Laporan itu berdasarkan anggaran perisikan Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ) pada Ahad lalu.

Dalam laporan sulit disusun awal bulan ini, Washington menganggarkan Hamas mempunyai sekitar 25,000 dan 30,000 pejuang di Gaza sebelum perang dengan ribuan lain sebagai anggota polis dan pihak berkuasa di wilayah konflik itu.

Hasil dapatan itu dianggarkan berdasarkan pintasan komunikasi, pengawasan dron dan perisikan Israel.

Sebagai tambahan kepada anggaran 5,000 hingga 9,000 pejuang Hamas yang terkorban, 10,500 hingga 11,700 pejuang Hamas dianggarkan tercedera, kata seorang pegawai AS kepada WSJ, menjelaskan ramai daripada mereka boleh kembali bertempur.

Veteran tentera, Jeneral Joseph Votel berkata pejuang yang selebihnya mungkin melakukan “dua atau tiga pekerjaan,” memikul tanggungjawab rakan seperjuangan mereka yang gugur.

AS secara diam-diam mengakui kegagalan pengeboman Israel selama tiga bulan ke atas Gaza bagi memusnahkan Hamas, matlamat jelas yang dinyatakan rejim zionis dalam melancarkan perang ke atas wilayah konflik itu. 

Pentadbiran Presiden Joe Biden berulang kali menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengurangkan korban awam dan menggunakan strategi menyasarkan ahli organisasi berpangkat tinggi berbanding tentera peringkat bawahan. – The Merdeka Times

Author