Antarabangsa
Thailand bakal iktiraf perkahwinan sejenis
Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan draf bagi membahaskan usul membenarkan perkahwinan sejenis di negara itu.
- Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan draf bagi membahaskan usul membenarkan perkahwinan sejenis di negara itu.
- Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berkata usul itu dijangka dibahaskan pada Khamis ini.
- Sekiranya ia berjaya diluluskan, Thailand bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara membenarkan perkahwinan songsang itu.
- “Undang-undang ini bakal membenarkan pasangan sejenis mempunyai hak yang sama seperti pasangan lelaki dan perempuan.
- “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua,” kata beliau dipetik The Business Times pada Selasa.
KUALA LUMPUR – Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan draf bagi membahaskan usul membenarkan perkahwinan sejenis di negara itu.
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berkata usul itu dijangka dibahaskan pada Khamis ini.
Sekiranya ia berjaya diluluskan, Thailand bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara membenarkan perkahwinan songsang itu.
“Undang-undang ini bakal membenarkan pasangan sejenis mempunyai hak yang sama seperti pasangan lelaki dan perempuan.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua,” kata beliau dipetik The Business Times pada Selasa.
Draf itu juga bakal meminda klarifikasi maksud beberapa perkataan yang secara normalnya merujuk kepada jantina seperti lelaki, perempuan, suami dan isteri.
Dalam berita berasingan, difahamkan bahawa draf itu turut membincangkan hak lain seperti mengambil anak angkat, pengurusan aset dan pewarisan harta bagi pasangan songsang berkenaan.
Draf bagi rang undang-undang itu terdahulu dilaporkan gagal diluluskan Parlimen pada era pentadbiran Prayuth Chan- Ocha.
Thailand sering disinonimkan oleh masyarakat dunia sebagai negara mesra Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Portal pelancongan Hotels menobatkan ibu negara Thailand, Bangkok sebagai tempat ketiga destinasi pelancongan mesra LGBT di Asia. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia