Connect with us

Kolumnis

Apa fungsi masjid selain beribadah?

Pada 3 hingga 5 November lalu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menganjurkan Mini Karnival Sukan Madani ‘Antara Rumah Ibadat 2023’. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Research And Development MRM

Published

on

Apa fungsi masjid selain beribadah?
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Pada 3 hingga 5 November lalu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menganjurkan Mini Karnival Sukan Madani ‘Antara Rumah Ibadat 2023’. 

Aktiviti ini melibatkan 212 peserta mewakili enam persatuan dan rumah ibadat Islam, Kristianiti, Buddhisme, Taoisme dan Hinduism.

Program ini merupakan satu inisiatif yang baik kerana telah menjadikan masjid sebagai sebuah pusat aktiviti bukan sahaja untuk Muslim tetapi untuk bukan Muslim.

Aktiviti sebegini sedikit sebanyak dapat mendekatkan golongan bukan Muslim dengan masyarakat Muslim dan seterusnya menjadi peluang dakwah kepada mereka.

Tahukah anda, masjid memainkan pelbagai peranan selain daripada tempat beribadah sewaktu zaman Rasulullah saw?

  1. Pusat belajar. Pada zaman itu, tiada lagi sekolah dan universiti. Masjid telah menjadi tempat belajar masyarakat pada waktu itu. Para sahabat akan berkumpul di masjid untuk belajar dengan Nabi Muhammad saw.
  2. Tempat perjumpaan dengan bukan Muslim. Apabila delegasi dan wakil bukan Muslim datang berjumpa dengan Nabi Muhammad saw, baginda akan menyambut mereka di Masjid Nabawi. Contohnya, baginda Rasulullah berjumpa dengan kumpulan Kristian dari Najran di dalam Masjid Nabawi.
  3. Pusat pengagihan zakat. Pada zaman itu, masjid menjadi baitulmal yang mengumpulkan dan mengagihkan zakat.
  4. Tempat tinggal sahabat yang miskin dan tiada ahli keluarga. Terdapat golongan sahabat yang akan tidur di sebuah sudut dalam Masjid Nabawi. Abu Hurairah dan Abdullah ibn Umar adalah antara sahabat yang pernah tinggal di Masjid Nabawi.
  5. Pusat kesihatan. Salah seorang sahabat wanita yang bernama Rufayda al-Aslamiah akan merawat pesakit di dalam sebuah khemah di dalam Masjid Nabawi. Beliau merupakan jururawat pertama pada zaman Rasulullah.
  6. Pusat hiburan. Nabi Muhammad dan isteri baginda, Aisyah pernah menonton persembahan perisai dan lembing di dalam masjid Nabawi pada hari raya.

Berdasarkan fungsi-fungsi di atas, masjid bukan sekadar tempat kita solat, baca al-Quran ataupun ceramah. Banyak lagi fungsi masjid yang kita oleh kembangkan supaya masjid menjadi tempat masyarakat Muslim berkumpul.

Jangan lupa juga masjid boleh dijadikan tempat kita berdakwah kepada golongan bukan Muslim.

Justeru, fungsi masjid tidak seharusnya dihadkan untuk beribadah dan untuk Muslim sahaja. Kita boleh ajak sahabat-sahabat bukan Muslim kita untuk ke masjid dan memperkenalkan mereka dengan Islam. – The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *