Connect with us

Terkini

Sarawak tidak terima pelarian Palestin : Pemuda UMNO gesa Nanta Linggi mohon maaf

Pemuda UMNO menggesa Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membuat permohonan maaf terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menolak idea untuk menerima pelarian Palestin ke Sarawak.

Wartawan TMT

Published

on

Sarawak tidak terima pelarian Palestin : Pemuda UMNO gesa Nanta Linggi mohon  maaf
Foto: Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh (kiri) & Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kanan).
  • Kenyataan Sarawak tidak perlu menerima mana-mana pelarian, terutamanya mereka dari negara yang terkenal dengan keganasan, kemarahan dan kebencian tidak sepatutnya keluar dari mulut Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu. -Pemuda UMNO
  • “Ini bercanggah sama sekali dengan aspirasi yang dibawa oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri yang berada di Persidangan Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menegaskan kedudukan dan solidariti Malaysia terhadap Palestin,” katanya menerusi kenyataan Facebook rasminya malam tadi.

MELAKA – Pemuda UMNO menggesa Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membuat permohonan maaf terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menolak idea untuk menerima pelarian Palestin ke Sarawak.

Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kenyataan Sarawak tidak perlu menerima mana-mana pelarian, terutamanya mereka dari negara yang terkenal dengan keganasan, kemarahan dan kebencian tidak sepatutnya keluar dari mulut Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu.

Sebaliknya, menurut beliau, kenyataan itu wajar ditujukan kepada Israel dan Malaysia seharusnya memberi perlindungan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi.

“Saya kesal dengan kenyataan itu yang juga memperlihatkan sikap penting diri dan tiada kepedulian terhadap kekejaman yang sedang dilakukan kepada mereka di sana.

“Ini bercanggah sama sekali dengan aspirasi yang dibawa oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri yang berada di Persidangan Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menegaskan kedudukan dan solidariti Malaysia terhadap Palestin,” katanya menerusi kenyataan Facebook rasminya malam ini.

Menurut beliau, adalah amat malang apabila seorang menteri kabinet membuat kenyataan yang cukup dangkal dan kontradik dari semangat ditonjolkan Malaysia.

“Dalam keadaan warga Malaysia dan warga dunia berdukacita terhadap kekejaman yang melanda rakyat Palestin, kenyataan ini menambahkan lagi kekecewaan tersebut.

Advertisement

“Saya menggesa YB Alexander Nanta Linggi, sekiranya benar kenyataan ini dibuat, sila tarik semula dan memohon maaf secara terbuka,” katanya.

Sumber : Malaysia Gazette

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending