Connect with us

Terkini

Pangkalan data raya rekod, daftar petani di Malaysia bakal diwujudkan – KPKM

Satu pangkalan data raya yang merekodkan dan mendaftarkan petani di Malaysia bakal diwujudkan bagi memudahkan usaha kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif kepada petani, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Wartawan TMT

Published

on

Pangkalan data raya rekod, daftar petani di Malaysia bakal diwujudkan - KPKM
Foto: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Satu pangkalan data raya yang merekodkan dan mendaftarkan petani di Malaysia bakal diwujudkan bagi memudahkan usaha kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif kepada petani, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
  • Langkah itu dibuat selepas cadangan menggubal Enakmen Pendaftaran Petani dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu bersama Exco-Exco Pertanian Negeri Bilangan 1 Tahun 2023 yang diadakan secara hibrid semalam.
  • “Melalui usaha ini, kerja-kerja untuk mengenal pasti bilangan sebenar petani yang terlibat dalam sektor pertanian dapat memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif kepada petani.
  • “Ia juga dapat dijadikan rujukan semua pihak khususnya dalam merancang pembangunan sektor agromakanan serta mengelakkan berlaku ketirisan dalam pemberian bantuan kepada petani,” kata kementerian itu.

PUTRAJAYA: Satu pangkalan data raya yang merekodkan dan mendaftarkan petani di Malaysia bakal diwujudkan bagi memudahkan usaha kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif kepada petani, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Langkah itu dibuat selepas cadangan menggubal Enakmen Pendaftaran Petani dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu bersama Exco-Exco Pertanian Negeri Bilangan 1 Tahun 2023 yang diadakan secara hibrid semalam.

KPKM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penggubalan Enakmen Pendaftaran Petani itu bertujuan menyediakan satu pangkalan data raya yang merekodkan dan mendaftarkan petani di Malaysia.

“Melalui usaha ini, kerja-kerja untuk mengenal pasti bilangan sebenar petani yang terlibat dalam sektor pertanian dapat memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif kepada petani.

“Ia juga dapat dijadikan rujukan semua pihak khususnya dalam merancang pembangunan sektor agromakanan serta mengelakkan berlaku ketirisan dalam pemberian bantuan kepada petani,” katanya.

Dalam mesyuarat itu, KPKM menyatakan sebanyak 11 pembentangan merangkumi dua kertas pertimbangan dan sembilan kertas makluman antaranya mengenai cadangan pewujudan kawasan khusus pertanian organik di peringkat negeri.

Pewujudan kawasan yang dicadangkan itu selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN2.0), Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG).

“Pertanian organik ialah satu daripada aktiviti yang diberi tumpuan dalam menangani cabaran global yang kritikal melalui amalan mesra alam serta keselamatan kepada pengguna,” menurut kenyataan itu.

KPKM memberitahu mesyuarat juga mengambil maklum berkenaan dengan inisiatif pengukuhan data sektor pertanian dan agromakanan yang memerlukan sokongan tadbir urus data daripada kerajaan negeri untuk memastikan data pertanian yang terkini dan boleh dipercayai merentas masa.

Dalam kenyataan berasingan, Jabatan Pertanian (DOA) memaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori) DOA Datuk Nor Sam Alwi dilantik sebagai Ketua Pengarah Pertanian berkuat kuasa semalam.

Menurut DOA, Nor Sam yang merupakan lulusan Ijazah Sains Pertanian dari Universiti Putra Malaysia, ialah pegawai wanita kedua di DOA yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pertanian.

Nor Sam yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Perak, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, menggantikan Datuk Zahimi Hassan yang bersara wajib pada 26 Ogos lepas.

— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending