Connect with us

Antarabangsa

Kritik penyertaan lelaki transgender, Atlet bina badan wanita Kanada digantung dua tahun

Persatuan Angkat Berat Kanada (CPU) menggantung keahlian seorang atlet wanita selama dua tahun selepas beliau mengkritik kesatuan itu kerana membenarkan lelaki transgender untuk bersaing dalam kategori wanita sukan berkenaan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Atlet Lelaki Transgender, Anne Andres.
  • Persatuan Angkat Berat Kanada (CPU) menggantung keahlian seorang atlet wanita selama dua tahun selepas beliau mengkritik kesatuan itu kerana membenarkan lelaki transgender untuk bersaing dalam kategori wanita sukan berkenaan.
  • April Hutchinson berkata adalah tidak adil untuk memberikan ruang kepada golongan transgender itu bertanding dalam acara wanita dan seterusnya meraih kemenangan memandangkan  terdapat perbezaan jantina.
  • “CPU menganggap aduan tulisan saya (peribadi) tentang pembulian lelaki sebagai ‘remeh dan merepek,” kata Hutchinson dalam satu ciapan di X pada Selasa lalu dipetik The Christian Post.
  • Sebelum itu, seorang atlet lelaki transgender, Anne Andres menjuarai pertandingan angkat berat dalam kejohanan diadakan pada Ogos lalu.
  • Andres ketika kejohanan angkat berat itu berjaya merekodkan kemenangan skor 400 paun lebih tinggi daripada atlet wanita terbaik.

KANADA – Persatuan Angkat Berat Kanada (CPU) menggantung keahlian seorang atlet wanita selama dua tahun selepas beliau mengkritik kesatuan itu kerana membenarkan lelaki transgender untuk bersaing dalam kategori wanita sukan berkenaan.

April Hutchinson berkata adalah tidak adil untuk memberikan ruang kepada golongan transgender itu bertanding dalam acara wanita dan seterusnya meraih kemenangan memandangkan  terdapat perbezaan jantina.

Sebelum itu, seorang atlet lelaki transgender, Anne Andres menjuarai pertandingan angkat berat dalam kejohanan diadakan pada Ogos lalu.

Andres ketika kejohanan angkat berat itu berjaya merekodkan kemenangan skor 400 paun lebih tinggi daripada atlet wanita terbaik.

“CPU menganggap aduan tulisan saya (peribadi) tentang pembulian lelaki sebagai ‘remeh dan merepek,” kata Hutchinson dalam satu ciapan di X pada Selasa lalu dipetik The Christian Post.

Hutchinson berkata perjuangan menentang ketidakadilan itu tidak akan selesai  dan dia menentang idea atlet wanita harus berdiam diri serta  menerima perkara tersebut yang disifatkan sebagai diskriminasi jantina.

Hutchinson dalam temubual bersama pengacara terkenal, Piers Morgan meluahkan kekesalan dan menyifatkan tindakan penyertaan atlet lelaki transgender dalam kategori wanita merupakan satu bentuk pencabulan.

Advertisement

“Ini sangat menyedihkan, rekod kebangsaan yang dia pecahkan, atlet telah mengejarnya selama bertahun-tahun,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perdebatan dan kritikan mengenai kebenaran lelaki untuk bersaing dengan wanita dalam pertandingan sukan kerana mereka mempunyai kelebihan fizikal.

Hakim Mahkamah Daerah Minnesota, Patrick Diamond pada Mac lalu memutuskan Persatuan Angkat Berat Amerika Syarikat wajib membenarkan lelaki yang mengidentifikasi diri sebagai wanita untuk bersaing dalam pertandingan wanita.

Ia susulan tindakan persatuan itu menolak untuk membenarkan lelaki mengidentifikasi diri sebagai transgender untuk bersaing dengan atlet perempuan.

Sumber: The Christian Post

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending