Terkini
Gencatan senjata empat hari tidak cukup – Tun M
Gencatan senjata empat hari yang dicapai antara rejim penjajah zionis Israel dengan Hamas adalah tidak mencukupi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Gencatan senjata empat hari yang dicapai antara rejim penjajah zionis Israel dengan Hamas adalah tidak mencukupi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Dr Mahathir berkata gencatan senjata sementara itu tidak akan menghentikan penderitaan mangsa genosid negara haram itu ke atas Palestin.
- “Tak cukup, dia sebut sementara memang tak cukup. Ia seperti orang berkata dekat kita, hari ini saya tak bunuh awak, selepas lima hari saya akan bunuh.
- “Mana boleh buat macam itu, jangan bunuh orang. Gencatan senjata perlu selama-lamanya,” katanya ketika ditemui media selepas program Minggu Negarawan Taufan Al Aqsa di sini semalam.
- Perjanjian gencatan senjata sementara di Gaza di antara Israel dan Hamas dicapai pada awal pagi Rabu selepas satu rundingan dihoskan Qatar.
PUTRAJAYA – Gencatan senjata empat hari yang dicapai antara rejim penjajah zionis Israel dengan Hamas adalah tidak mencukupi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata gencatan senjata sementara itu tidak akan menghentikan penderitaan mangsa genosid negara haram itu ke atas Palestin.
“Tak cukup, dia sebut sementara memang tak cukup. Ia seperti orang berkata dekat kita, hari ini saya tak bunuh awak, selepas lima hari saya akan bunuh.
“Mana boleh buat macam itu, jangan bunuh orang. Gencatan senjata perlu selama-lamanya,” katanya ketika ditemui media selepas program Minggu Negarawan Taufan Al Aqsa di sini semalam.
Mengulas peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam isu ini, Dr Mahathir mendesak supaya kuasa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dimansuhkan.
Katanya, keterbatasan anggota PBB dalam mencapai sesuatu solusi adalah disebabkan keputusan daripada negara dengan kuasa veto berkenaan.
“Ketika General Assembly (Perhimpunan Agung PBB) membuat keputusan supaya peperangan di Gaza dihentikan, Security Council (UNSC) tidak menyokong, pada hal mereka lebih kecil daripada General Assembly.
“Jadi tiada langsung demokrasi dalam PBB. Namun kita perlu desak supaya Security Council dihapuskan kuasa vetonya, ini kita desak, orang mesti desak. Apa sebabnya memberi kuasa kepada negara yang menang semasa Perang Dunia Kedua dahulu,” katanya.
Semalam, Kabinet rejim penjajah zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata dengan Hamas selama empat hari selepas lebih sebulan berperang.
Pegawai kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan, sebagai imbalan, Hamas bersetuju membebaskan 50 rakyat Israel yang menjadi tebusan Hamas.
Manakala pemimpin Hamas dalam kenyataan berasingan pula memaklumkan rejim zionis Israel akan membebaskan 150 warga Palestin ditahan di penjaranya.
Perjanjian gencatan senjata sementara itu dicapai awal pagi Rabu selepas rundingan berlanjutan yang dihoskan Qatar. – The Merdeka Times
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Terkini1 day ago
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama