Connect with us

Terkini

Gangguan bekalan akibat harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa – Pemangku Menteri KPDN

Gangguan bekalan gula di barat Sabah dan beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi.

Wartawan TMT

Published

on

Gangguan bekalan akibat harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa - Pemangku Menteri KPDN
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gangguan bekalan gula di barat Sabah dan beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi.
  • Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, kenaikan 52 peratus itu meningkatkan kos pengeluaran kepada pengilang tempatan namun pada masa sama harga gula dikawal kerajaan.
  • “Sebenarnya antara pendekatan kita bawa sejak awal tahun ini adalah untuk kita membuka AP Import,” kata Armizan kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas dan meninjau Program Jualan Ramah di sini pada Ahad.

PITAS – Gangguan bekalan gula di barat Sabah dan beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi.

Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, kenaikan sebanyak 52 peratus itu meningkatkan kos pengeluaran kepada pengilang tempatan namun pada masa sama harga gula dikawal oleh kerajaan.

“Sebenarnya antara pendekatan kita bawa sejak awal tahun ini adalah untuk kita membuka AP Import.

“Untuk pengetahuan semua, AP Import kita telah buka sejak awal tahun ini kepada 43 syarikat”, kata Armizan kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas dan meninjau Program Jualan Ramah di sini pada Ahad.

Jelas Armizan, Permit tersebut melibatkan 557,000 Metrik Tan gula bagi menstabilkan bekalan, namun hanya 22,537 tan metrik atau 4.05 peratus sahaja dibawa masuk setakat Khamis lepas.

Armizan juga turut menolak dakwaan bekalan dimonopoli pihak tertentu sehingga menyebabkan berlakunya gangguan berkenaan.

Sumber: Berita RTM

Advertisement

Author

Terkini

Kenaikan gaji tahunan 10 peratus, Pekerja terpaksa dikurangkan – MEF 

Kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus boleh menyebabkan majikan terpaksa mengurangkan kos operasi dengan memberhentikan atau mengurangkan pekerja.

Avatar

Published

on

Kenaikan gaji tahunan 10 peratus, Pekerja terpaksa dikurangkan – MEF 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kenaikan gaji  tahunan sehingga 10 peratus boleh menyebabkan majikan terpaksa mengurangkan kos operasi dengan memberhentikan atau mengurangkan pekerja, kata Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.
  • Beliau berkata Dana Kewangan Antarabangsa (IMF)  juga menjangkakan pertumbuhan ekonomi dunia lebih rendah iaitu 2.9 peratus pada tahun ini berbanding tiga peratus pada 2022.
  • “Majikan Malaysia kebanyakannya  membayar kenaikan gaji berdasarkan prestasi dan produktiviti seseorang pekerja, termasuklah sama ada pekerja mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan. Untuk pekerja yang berprestasi baik mereka biasanya diberi kenaikan lebih tinggi.
  • “Namun oleh kerana kekangan keadaan ekonomi yang masih tidak menentu kadar kenaikan tersebut kemungkinan besar akan kurang dari 10 peratus,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Jumaat.
  • Terdahulu, media melaporkan hasil tinjauan awam Robert Walters menunjukkan lebih tiga daripada lima pekerja di negara ini menjangkakan kenaikan gaji antara enam hingga 10 peratus pada tahun depan.
  • Tinjauan The Merdeka Times pula mendapati orang ramai menyifatkan kenaikan gaji tahunan mencecah 10 peratus itu adalah wajar dan selari kenaikan kos sara hidup, khususnya di bandar.

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus boleh menyebabkan majikan terpaksa mengurangkan kos operasi dengan memberhentikan atau mengurangkan pekerja.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, ini kerana ekonomi negara ketika ini masih dalam keadaan tidak menentu.

Katanya, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF)  juga menjangkakan pertumbuhan ekonomi dunia lebih rendah iaitu 2.9 peratus pada tahun ini berbanding tiga peratus pada 2022.

“Majikan Malaysia kebanyakannya  membayar kenaikan gaji berdasarkan prestasi dan produktiviti seseorang pekerja, termasuklah sama ada pekerja mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan. Untuk pekerja yang berprestasi baik mereka biasanya diberi kenaikan lebih tinggi.

“Namun oleh kerana kekangan keadaan ekonomi yang masih tidak menentu kadar kenaikan tersebut kemungkinan besar akan kurang dari 10 peratus,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Jumaat.

Terdahulu, media melaporkan hasil tinjauan awam Robert Walters menunjukkan lebih tiga daripada lima pekerja di negara ini menjangkakan kenaikan gaji antara enam hingga 10 peratus pada tahun depan.

Tinjauan The Merdeka Times pula mendapati orang ramai menyifatkan kenaikan gaji tahunan mencecah 10 peratus itu adalah wajar dan selari kenaikan kos sara hidup, khususnya di bandar.

Advertisement

Mengulas lanjut, Syed Hussain berkata kenaikan gaji tahunan dijangka berlaku sekitar empat hingga lima peratus.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan peratusan itu sudah dilihat tinggi memandangkan pertumbuhan ekonomi nasional perlahan menjurus kepada empat peratus.

Beliau berkata komitmen tahunan atau bulanan ditampung majikan bergantung kepada berapa lama sesebuah perusahaan itu beroperasi.

“Untuk majikan di sektor perkhidmatan kos pekerja  secara amnya adalah di antara 40 hingga 50 peratus keseluruhan kos.

“Perlu diingat bahawa untuk setiap RM1 kos sebenar kepada majikan boleh mencecah RM 1.80 hingga RM2.40.

“Kos keseluruhan lebih tinggi kerana faktor Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), kos perubatan dan kos lain berkaitan,” katanya. – The Merdeka Times

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending