Connect with us

Antarabangsa

Enggan mengajar silibus LGBT, Guru di sekolah Gereja England dipecat

Seorang guru di Bromley, London Selatan, dipecat pihak sekolah Gereja England kerana enggan mengajar silibus LGBT kepada pelajar Tahun 7 di sekolah terbabit.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Guru di Sekolah Bishop Justus CofE, Glawdys Leger.
  • Seorang guru di Bromley, London Selatan, dipecat pihak sekolah Gereja England kerana enggan mengajar silibus LGBT kepada pelajar Tahun 7 di sekolah terbabit.
  • Guru bahasa asing modern di Sekolah Bishop Justus CofE, Glawdys Leger, 43, berkata dia enggan mengajar silibus itu kerana ia bertentangan dengan prinsip agama Kristian dipegangnya.
  • Beliau yang mengajar di sekolah itu sejak 2017 mendakwa dilayan seperti penjenayah berbahaya selepas berkongsikan pandangan kepada pelajar bahawa pengamalan LGBT adalah berdosa besar.
  • Tindakan Leger itu kemudian dilaporkan kepada Agensi Peraturan Mengajar (TRA) dan beliau dipecat dari jawatannya sebagai guru pada Mei 2022.

Seorang guru di Bromley, London Selatan, dipecat pihak sekolah Gereja England kerana enggan mengajar silibus LGBT kepada pelajar Tahun 7 di sekolah terbabit.

Guru bahasa asing modern di Sekolah Bishop Justus CofE, Glawdys Leger, 43, berkata beliau enggan mengajar silibus itu kerana ia bertentangan dengan prinsip agama Kristian dipegangnya.

Beliau yang mengajar di sekolah itu sejak 2017 mendakwa dilayan seperti penjenayah berbahaya selepas berkongsikan pandangan kepada pelajar bahawa pengamalan LGBT adalah berdosa besar.

Tindakan Leger itu kemudian dilaporkan kepada Agensi Peraturan Mengajar (TRA) dan beliau dipecat dari jawatannya sebagai guru pada Mei 2022.

“Kesan dari apa yang telah berlaku memberikan tekanan besar kepada diri saya.

“Amat menyedihkan kerana saya kehilangan pekerjaan kerana menyuarakan kepercayaan Kristian saya,” katanya dipetik dalam laporan Daily Mail pada 9 Oktober lalu.

Leger berkata beliau bersimpati dengan golongan LGBT, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai masalah kecelaruan gender.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna yang beliau berkompromi mengajarkan sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaannya sebagai seorang penganut Kristian.

Sumber: Daily Mail

Author