Terkini
Bicara rogol: Jangan buat spekulasi hingga jejaskan prosiding – Fathi Na’im
Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im Mazlam yang berdepan pertuduhan merogol seorang remaja perempuan memohon orang awam tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menjejaskan prosiding dan ahli keluarganya.

- Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im Mazlam yang berdepan pertuduhan merogol seorang remaja perempuan memohon orang awam tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menjejaskan prosiding dan ahli keluarganya.
- Menurutnya, mahkamah sebelum ini turut memerintahkan media tidak mensensasikan perbicaraan tersebut selain beliau dilarang membuat sebarang kenyataan berhubung prosiding berkenaan sepanjang prosesnya berlangsung.
- “Saya mohon satu perbicaraan yang adil, so far saya tak boleh buat apa-apa keterangan dari tahun lepas sampai sekarang sebab saya dilarang untuk sensasikan berita ini di media.
- “Saya mohon semua pihak jangan buat spekulasi sebab saya pun ada keluarga untuk dijaga, anak-anak masih kecil, bersekolah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perbicaraannya di Mahkamah Sesyen, hari ini.
- Muhammad Fathi yang juga bapa kepada lapan orang anak itu dituduh atas 10 pertuduhan pertuduhan merogol, melakukan amang seksual dan hubungan seks dengan objek pada 2021 dan tahun lalu.
KLANG: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im Mazlam yang berdepan pertuduhan merogol seorang remaja perempuan memohon orang awam tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menjejaskan prosiding dan ahli keluarganya.
Menurutnya, mahkamah sebelum ini turut memerintahkan media tidak mensensasikan perbicaraan tersebut selain beliau dilarang membuat sebarang kenyataan berhubung prosiding berkenaan sepanjang prosesnya berlangsung.
“Saya mohon satu perbicaraan yang adil, so far saya tak boleh buat apa-apa keterangan dari tahun lepas sampai sekarang sebab saya dilarang untuk sensasikan berita ini di media.
“Saya mohon semua pihak jangan buat spekulasi sebab saya pun ada keluarga untuk dijaga, anak-anak masih kecil, bersekolah. Doakan perbicaraan ini berjalan dengan baik dan terima kasih kepada pihak media,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perbicaraannya di Mahkamah Sesyen, hari ini.
Terdahulu, Hakim Syafeera Mohd. Said menangguhkan perbicaraan esok selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur `Ayuni Jamri memohon penangguhan berikutan terdapat telefon bimbit yang merupakan barang kes berada dalam simpanan pegawai penyiasat yang sedang cuti sakit.
“Pegawai penyiasat tidak dapat hadir kerana sedang cuti sakit, bagaimanapun terdapat pegawai ganti, namun barang kes tersebut tidak berada di dalam simpanannya dan perlu merujuk kepada pegawai yang asal.
“Pegawai pengganti juga memberitahu akan mendapatkan barang kes tersebut pada petang ini untuk di bawa ke dalam perbicaraan esok,” katanya.
Permohonan tersebut tidak mendapat bantahan daripada peguam yang mewakili tertuduh, Samry Masri, Ainul Azwan, Khairul Naim Rafidi, Wafiy Musa, Khairunnisa Zamhari dan Azlinie Othman.
Dalam pada itu, pendakwah selebriti yang juga dikenali sebagai Ustaz Fathi Na’im menyatakan beliau bersedia berdepan perbicaraan itu untuk membersihkan namanya dan menyatakan komitmen menghadiri setiap prosiding sejak pertuduhan kali pertama pada 29 November 2022.
“Saya dari hari itu (pertuduhan kali pertama) tidak pernah terlepas hadir ke mahkamah sampai hari ini saya datang untuk bersihkan nama.
“Cuma ada orang tanya, kenapa tak ada kenyataan, saya tak boleh keluarkan sebarang kenyataan sebab masih dalam jaminan, kalau keluar juga saya ‘ke dalam’ (masuk penjara). Terima kasih, doakan saya,” ujarnya.
Muhammad Fathi yang juga bapa kepada lapan orang anak itu dituduh atas 10 pertuduhan pertuduhan merogol, melakukan amang seksual dan hubungan seks dengan objek pada 2021 dan tahun lalu.
Beliau dituduh di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, sekiranya disabitkan kesalahan.
Sumber: UTUSAN
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas