Connect with us

Antarabangsa

Bank di Israel hadapi kemerosotan jangka panjang

Agensi Penarafan Kredit Standard & Poor’s (S&P) memaklumkan bank di Israel menghadapi kemerosotan jangka masa panjang dari segi prospek ekonomi dan keadaan kredit, lapor Jordan News.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Agensi Penarafan Kredit Standard & Poor’s (S&P) memaklumkan bank di Israel menghadapi kemerosotan jangka masa panjang dari segi prospek ekonomi dan keadaan kredit, lapor Jordan News.
  • Kemerosotan itu dilaporkan berlaku kerana penurunan pendapatan dan peningkatan signifikan dalam kerugian kredit ekoran perang di Gaza dan peningkatan risiko geopolitik di Israel.
  • Menurut Al Mamlaka TV,  S&P  berkata perkembangan semasa perang memberi impak besar dan berbahaya terhadap ekonomi negara haram itu.

TEL AVIV – Agensi Penarafan Kredit Standard & Poor’s (S&P) memaklumkan bank di Israel menghadapi kemerosotan jangka masa panjang dari segi prospek ekonomi dan keadaan kredit, lapor Jordan News.

Kemerosotan itu dilaporkan berlaku kerana penurunan pendapatan dan peningkatan signifikan dalam kerugian kredit ekoran perang di Gaza dan peningkatan risiko geopolitik di Israel.

Menurut Al Mamlaka TV, S&P  berkata perkembangan semasa perang memberi impak besar dan berbahaya terhadap ekonomi negara haram itu.

Pihak agensi berkata pemberian pinjaman hartanah oleh bank di Israel meningkat secara signifikan sejak 2020 dan ia merupakan sumber risiko buat institusi perbankan itu.

“Asas situasi kami sekarang ialah konflik ini berkemungkinan besar terhad kepada sekitar Israel dan Gaza, berlanjutan tidak lebih dari tiga hingga enam bulan dan kami kini menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar sebenar perlahan kepada 1.5 peratus pada 2023, kemudian kepada 0.5 peratus 2024.

“Namun begitu, kami melihat tahap ketidakpastian yang tinggi mengenai sejauh mana dan berapa lama operasi ketenteraan akan berlangsung dan jika konflik ini berterusan, pertumbuhan ekonomi Israel, kedudukan kewangan dan imbangan pembayaran boleh merosot dengan ketara,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Jordan News

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending