Connect with us

Antarabangsa

Aktivis, Ahli Kongres AS lancar mogok lapar sebagai sokongan gencatan senjata Gaza

Sekumpulan ahli kongres, aktivis dan pelakon di Amerika Syarikat (AS) melancarkan mogok lapar lima hari pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan ahli kongres, aktivis dan pelakon di Amerika Syarikat (AS) melancarkan mogok lapar lima hari pada Isnin.
  • Mogok itu diadakan di luar Rumah Putih bagi menggesa gencatan senjata kekal di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
  • Antara peserta mogok ialah pelakon Cynthia Nixon, Ahli Kongres dari New York dan Delaware serta aktivis dari pelbagai organisasi seperti US Campaign for Palestinian Rights (USCPR) dan Jewish Voice for Peace (JVP) selain pemimpin-pemimpin Muslim, Yahudi dan bersekutu terkemuka.
  • Nixon berkata seminggu selepas cuti Thanksgiving, fokus orang ramai menjadi terganggu dan lebih tertumpu kepada cuti Krismas yang akan datang pada Disember.
  • Beliau bimbang akibat gangguan itu, momentum untuk menghentikan pengeboman dan pembunuhan di Gaza, sama ada di AS dan secara global mungkin hilang.
  • “Dan kami mengadakan mogok lapar sebagai satu cara untuk menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak hanya dibom dan dibunuh tetapi mereka juga sedang kelaparan dan kini di ambang kebuluran,” katanya kepada Anadolu.

WASHINGTON: Sekumpulan ahli kongres, aktivis dan pelakon di Amerika Syarikat (AS) melancarkan mogok lapar lima hari pada Isnin.

Mogok itu diadakan di luar Rumah Putih bagi menggesa gencatan senjata kekal di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Antara peserta mogok ialah pelakon Cynthia Nixon, Ahli Kongres dari New York dan Delaware serta aktivis dari pelbagai organisasi seperti US Campaign for Palestinian Rights (USCPR) dan Jewish Voice for Peace (JVP) selain pemimpin-pemimpin Muslim, Yahudi dan bersekutu terkemuka.

Nixon berkata seminggu selepas cuti Thanksgiving, fokus orang ramai menjadi terganggu dan lebih tertumpu kepada cuti Krismas yang akan datang pada Disember.

Beliau bimbang akibat gangguan itu, momentum untuk menghentikan pengeboman dan pembunuhan di Gaza, sama ada di AS dan secara global mungkin hilang.

“Dan kami mengadakan mogok lapar sebagai satu cara untuk menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak hanya dibom dan dibunuh tetapi mereka juga sedang kelaparan dan kini di ambang kebuluran,” katanya kepada Anadolu.

Nixon berkata 70 peratus daripada hampir 15,000 rakyat Palestin yang terbunuh dalam tujuh minggu lepas adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut beliau situasi itu belum pernah berlaku sebelum ini.

“Angka ini jauh lebih ramai berbanding jumlah yang dibunuh oleh AS dan sekutunya dalam perang selama 20 tahun di Afghanistan,” katanya.

Mogok lapar itu dibuat ketika Qatar mengumumkan lanjutan jeda kemanusiaan selama dua hari lagi di Gaza.

Bagaimanapun, peserta mogok lapar percaya jeda kemanusiaan di Gaza perlu dikekalkan.

Ahli Kongres New York Zohran Mamdani berkata walaupun beliau mengalu-alukan jeda kemanusiaan dilanjutkan, langkah itu perlu dikekalkan.

“Dunia yang kami perjuangkan adalah apabila setiap keluarga bersatu. Dan satu-satunya cara mencapainya adalah melalui gencatan senjata bukan melalui pengeboman dan perang,” katanya.

— BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending