Connect with us

Antarabangsa

56 tahun rakyat Palestin dinafikan hak sumber air, termasuk air hujan

Pendudukan tentera pengganas Israel di tanah Palestin dengan sistematik mencabul hak asasi rakyat Palestin dengan merampas atau menghancurkan kawalan sumber air, termasuk air hujan di kawasan yang dijajah itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Pendudukan tentera pengganas Israel di tanah Palestin dengan sistematik mencabul hak asasi rakyat Palestin dengan merampas atau menghancurkan kawalan sumber air, termasuk air hujan di kawasan yang dijajah itu.
  • Rejim haram Israel mengawal sumber air sekitar Tebing Barat selain struktur yang berfungsi sebagai tempat perkumpulan air hujan penduduk negara yang dijajah itu.
  • Perkara itu berkuatkuasa sejak 1967 menerusi Perintah Ketenteraan 158 yang melarang warga Palestin melakukan pemasangan air (water installation) tanpa permit, lapor Amnesty.
  • Terkini, Al Jazeera melaporkan cubaan mendapatkan air yang boleh diminum bagi 2.3 juta penduduk Gaza telah menjadi sesuatu yang hampir mustahil.

Pendudukan tentera pengganas Israel di tanah Palestin dengan sistematik mencabul hak asasi rakyat Palestin dengan merampas atau menghancurkan kawalan sumber air, termasuk air hujan di kawasan yang dijajah itu.

Rejim haram Israel mengawal sumber air sekitar Tebing Barat selain struktur yang berfungsi sebagai tempat perkumpulan air hujan penduduk negara yang dijajah itu.

Perkara itu berkuatkuasa sejak 1967 menerusi Perintah Ketenteraan 158 yang melarang warga Palestin melakukan pemasangan air (water installation) tanpa permit, lapor Amnesty.

Sejak itu, sebarang binaan infrastruktur atau pembukaan laluan air memerlukan permit iaitu sesuatu yang hampir mustahil untuk diperolehi.

Al Jazeera semalam melaporkan cubaan mendapatkan air yang boleh diminum bagi 2.3 juta penduduk Gaza telah menjadi sesuatu yang hampir mustahil.

Seorang penduduk Gaza, Osama Saqr, 33, berusaha untuk mendapatkan air untuk anak-anaknya yang kini berlindung di sekolah Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).

Berhasil menemui air, beliau menghirup dan merengus setelah ditelan cecair masin diperolehinya itu sebelum mengeluh panjang.

“Ia tercemar dan tidak sesuai (diminum), tapi anak-anak saya sentiasa meminumnya, tiada pilihan lain,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan purata warga Gaza pada ketika ini hanya menggunakan 3 liter air untuk tujuan minuman dan pembersihan seharian berbanding amaun 7.5 liter, yang disyorkan agensi dalam situasi kecemasan. – The Merdeka Times

Sumber: Amnesty, Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending