Connect with us

Terkini

Penangguhan RUU rokok pengkhianatan terhadap kesihatan rakyat Malaysia 

Gabungan Kesihatan Malaysia menganggap penangguhan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadualkan pada 10 Oktober lalu sebagai pengkhianatan terhadap kesihatan rakyat Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Penangguhan RUU rokok pengkhianatan terhadap kesihatan rakyat Malaysia 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gabungan Kesihatan Malaysia menganggap penangguhan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadualkan pada 10 Oktober lalu sebagai pengkhianatan terhadap kesihatan rakyat Malaysia.
  • Dalam kenyataan bersama, Gabungan Kesihatan Malaysia itu berkata mereka tidak dapat menerima sebarang alasan diberikan kerajaan untuk menunda proses pembentangan RUU itu.
  • “Kami tidak dapat menerima alasan-alasan yang diberikan oleh kerajaan untuk menunda proses pembentangan RUU ini. Kami menganggap penangguhan ini sebagai satu pengkhianatan terhadap kesihatan rakyat Malaysia,”  katanya dalam kenyataan bersama pada Selasa.
  • Mereka menuntut kerajaan untuk segera meluluskan RUU terbabit yang bertujuan untuk mengawal penggunaan dan pendedahan kepada produk tembakau dan nikotin di negara ini.

KUALA LUMPUR — Gabungan Kesihatan Malaysia menganggap penangguhan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadualkan pada 10 Oktober lalu sebagai pengkhianatan terhadap kesihatan rakyat Malaysia.

Gabungan Kesihatan Malaysia itu berkata mereka tidak dapat menerima sebarang alasan diberikan kerajaan untuk menunda proses pembentangan RUU itu.

“Kami tidak dapat menerima alasan-alasan yang diberikan oleh kerajaan untuk menunda proses pembentangan RUU ini. Kami menganggap penangguhan ini sebagai satu pengkhianatan terhadap kesihatan rakyat Malaysia,”  katanya dalam kenyataan bersama pada Selasa.

Sehubungan itu, kerajaan dituntut untuk segera meluluskan RUU terbabit yang bertujuan untuk mengawal penggunaan dan pendedahan kepada produk tembakau dan nikotin di negara ini.

“Kami amat bimbang dengan keadaan semasa yang menunjukkan merokok dan vape masih menjadi masalah kesihatan awam yang serius di Malaysia, terutamanya dalam kalangan remaja dan dewasa muda. 

“Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 20,000 orang mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan tembakau di Malaysia. Peratusan perokok di Malaysia adalah 22.5 peratus, manakala kadar perokok dalam kalangan remaja adalah 18 peratus. 

“Penggunaan vape juga meningkat di kalangan golongan ini, dengan kira-kira 15 peratus remaja mengaku menggunakan produk nikotin alternatif seperti rokok elektronik atau vape,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan persatuan Academy of Medicine Malaysia (AMM); Association of Malaysian Optometrists (AMO); College of Anaesthesiologists (COA); IKRAM Health Malaysia (IKRAM Health); Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM); Lung Cancer Network of Malaysia (LCNM); Malaysian Association of Clinical Biochemists (MACB); Malaysian Association of Dental Public Health Specialists (MADPHS); Malaysian Association of Enviromental Health (MAEH); Malaysian Association of Medical Assistants (MAMA); Medical Mythbusters Malaysia (M3); MedTweetMy (MedTweetMY); MMA Public Health Society; National Cancer Society of Malaysia (NCSM); Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia (OGSM) dan beberapa persatuan serta individu lain.

Gabungan Kesihatan Malaysia itu turut berharap semua Ahli Parlimen tanpa mengira afiliasi politik sebulat suara memberi sokongan terhadap RUU terbabit.

Katanya, kerajaan juga diharapkan dapat memberi keutamaan kepada RUU itu dalam agenda Parlimen dan memastikan ia dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan tanpa sebarang kelewatan.

“Kami menggesa semua ahli Parlimen yang prihatin dengan isu kawalan tembakau untuk bersuara dan membuat bantahan atas penangguhan ini. 

“Kami menyeru mereka untuk mendesak kerajaan supaya menghormati hak rakyat untuk hidup sihat dan bebas daripada rokok. 

“Kami juga menyeru mereka untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap Konvensyen Kerangka Kawalan Tembakau WHO yang telah diratifikasi oleh Malaysia,” katanya.

Mereka percaya RUU itu adalah langkah proaktif dan progresif untuk melindungi kesihatan rakyat Malaysia daripada bahaya tembakau dan nikotin. 

Ini kerana RUU itu mengandungi pelbagai peruntukan yang selaras Konvensyen Kerangka Kawalan Tembakau WHO yang ditandatangani Malaysia pada tahun 2005.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penangguhan itu bagi memberi laluan kepada aturan urusan kerajaan lain sebagaimana disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dan pembentangan RUU tersebut akan dibuat oleh kerajaan dalam masa terdekat. — The Merdeka Times

Sumber : Laman Web Ikram Health

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *