Terkini
Mahkamah batal permohonan deklarasi 137 orang asli keluar Islam : Siti Kasim akan failkan rayuan
Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim memberitahu akan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam yang membatalkan permohonan deklarasi 137 orang asli untuk keluar dari agama Islam.

- Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim memberitahu akan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam yang membatalkan permohonan deklarasi 137 orang asli untuk keluar dari agama Islam.
- Menerusi klip video dimuat naik di Facebook, Siti Kasim menegaskan kes terbabit belum lagi tamat berikutan terdapat pelbagai isu belum diselesaikan.
- “Tapi kes ini tak habis lagi. Kita masih lagi akan rayu sebab ada banyak, ada banyak isu lah dalam kes ini yang mana saya tidak akan bincangkan (dalam video) dan mahkamah tahu kita akan merayu,” katanya dalam video berdurasi lima minit hari ini.
- Siti Kasim mendakwa orang asli daripada suku Bateq Mayah memohon kepada mahkamah untuk keluar Islam kerana mereka dipaksa memeluk agama itu pada tahun 90-an oleh agensi kerajaan.
- Memberi reaksi hantaran video itu, peguam Aidil Khalid berkata sekiranya benar ada paksaan dalam pengislaman kelompok orang asli terbabit maka sepatutnya permohonan kes difailkan di Mahkamah Syariah bukan Mahkamah Sivil kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
- Semalam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berjaya membatalkan permohonan deklarasi 137 Orang Asli untuk keluar dari agama Islam di Mahkamah Tinggi Kuantan.
KUALA LUMPUR — Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim memberitahu akan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam yang membatalkan permohonan deklarasi 137 orang asli untuk keluar dari agama Islam.
Menerusi klip video dimuat naik di Facebook, Siti Kasim menegaskan bahawa kes terbabit belum lagi tamat berikutan terdapat pelbagai isu belum diselesaikan.
“Tapi kes ini tak habis lagi. Kita masih lagi akan rayu sebab ada banyak, ada banyak isu lah dalam kes ini yang mana saya tidak akan bincangkan (dalam video) dan mahkamah tahu kita akan merayu,”katanya dalam video berdurasi lima minit hari ini.
Siti Kasim turut mendakwa orang asli daripada suku Bateq Mayah memohon kepada mahkamah untuk keluar Islam kerana mereka dipaksa memeluk agama itu pada tahun 90-an oleh agensi kerajaan.
“Jadi, kenapa nak paksa orang yang tak nak untuk (berada) dalam agama Islam atas nama saja tapi mereka memang tidak percaya dan tidak mahu! Kenapa yang perlu dipaksa. Mereka dipaksa dahulu, dan diugut.
“Itu sebab kita bawa kes ini ke Mahkamah Sivil sebab in the first place they were never a Muslim,” katanya.
Memberi reaksi hantaran video itu, peguam Aidil Khalid berkata sekiranya benar ada paksaan dalam pengislaman kelompok orang asli terbabit maka sepatutnya permohonan kes difailkan di Mahkamah Syariah bukan Mahkamah Sivil.
Ini berikutan, kes terbabit di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
“Kemukakan segala bukti bahawa mereka telah dipaksa memeluk Islam, kepada Mahkamah Syariah, dan jika benar, maka Mahkamah Syariah boleh dan akan memberikan keadilan kepada semua pihak.
“It’s for the judge (syar’ie judge) to evaluate the evidence and decide, whether or not they were ever muslims (Ia adalah untuk hakim (hakim syarie) untuk menilai bukti dan memutuskan sama ada mereka pernah Islam ataupun tidak),” kata Aidil.

Foto : Tangkap Layar Komen netizen di klip video Siti Kasim
Dalam pada itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung turut mengulas jawapan balas Siti Kasim yang mendakwa kelompok itu tidak pernah menganggap diri mereka sebagai Muslim.
“Law tengok pada bukti atau apa yang mereka anggap diri mereka sebagai? Contoh kalau seseorang manusia normal anggap dirinya bukan manusia normal dan kurang siuman, adakah court akan terus strike out atau tengok bukti dia ni memang tak siuman ke tak?
“Tak tahu pula dalam law boleh ‘They never consider themselves as one’ sebagai bukti. Kalau betul, senang penjenayah lepas ni…” kata Firdaus Wong.
Semalam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berjaya membatalkan permohonan deklarasi 137 Orang Asli untuk keluar dari agama Islam di Mahkamah Tinggi Kuantan.
Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Haji Zainal Azman Ab Aziz membenarkan permohonan yang dipohon MUIP melalui peguam mereka Tetuan Syahidah Sharul & Marsyara.
Hakim Mahkamah Tinggi juga membenarkan kos sebanyak RM10,000 dibayar kepada MUIP, RM5,000 dibayar kepada Kerajaan Negeri Pahang, Bakar Unus, Ketua Pengarah Orang Asli, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Kerajaan Persekutuan pula RM10,000.
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) menerusi Bahagian Undang-Undang MRM terlibat sejak awal dalam membantu MUIP dalam kes ini.
Tetuan Syahidah Sharul & Marsyara antara firma guaman yang bersama di dalam Bahagian Undang-Undang MRM. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Siti Kasim
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas