Connect with us

Antarabangsa

‘Ketegangan geopolitik dunia’ cabaran utama tangani perubahan iklim – IEA

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) semalam menggesa semua negara untuk mengetepikan ‘ketegangan geopolitik’ dan berjuang bagi mewujudkan kerjasama antarabangsa yang lebih besar demi menangani perubahan iklim.

Wartawan TMT

Published

on

‘Ketegangan geopolitik dunia’ cabaran utama tangani perubahan iklim – IEA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) semalam menggesa semua negara untuk mengetepikan ‘ketegangan geopolitik’ dan berjuang bagi mewujudkan kerjasama antarabangsa yang lebih besar demi menangani perubahan iklim.
  • Ketua badan pemerhati tenaga itu, Fatih Birol, memberitahu perhimpunan iklim dan tenaga antarabangsa di Madrid menjelang COP28 bahawa ‘sasaran 1.5 darjah Celsius’ yang dipersetujui di Paris pada 2015 ‘masih dalam jangkauan’ namun berdepan ‘banyak cabaran’.
  • “Walaupun tahap pelaburan dalam bidang teknologi dan teknologi tenaga bersih adalah ‘sangat kukuh’, ia tidak mencukupi.
  • “Ketiadaan kerjasama antarabangsa adalah masalah utama. Kita perlu mencari jalan untuk mengelakkan ketegangan geopolitik ini,” katanya.

MADRID: Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) semalam menggesa semua negara untuk mengetepikan ‘ketegangan geopolitik’ dan berjuang bagi mewujudkan kerjasama antarabangsa yang lebih besar demi menangani perubahan iklim.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Ketua badan pemerhati tenaga itu, Fatih Birol, memberitahu perhimpunan iklim dan tenaga antarabangsa di Madrid menjelang COP28 bahawa ‘sasaran 1.5 darjah Celsius’ yang dipersetujui di Paris pada 2015 ‘masih dalam jangkauan’ namun berdepan ‘banyak cabaran’.

Katanya, cabaran utama yang dihadapi antaranya adalah pemecahan geopolitik dunia.

“Walaupun tahap pelaburan dalam bidang teknologi dan teknologi tenaga bersih adalah ‘sangat kukuh’, ia tidak mencukupi.

“Ketiadaan kerjasama antarabangsa adalah masalah utama. Kita perlu mencari jalan untuk mengelakkan ketegangan geopolitik ini,” katanya.

Masa depan tenaga dunia akan menjadi nadi perdebatan pada sidang kemuncak iklim COP28 di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Dubai, antara 30 November dan 12 Disember ini.

Menteri Ekologi Sepanyol, Teresa Ribera mengakui bahawa perbincangan di COP28 mungkin ‘mencabar’, namun yakin bahawa multilateralisme adalah cara untuk bertindak balas terhadap cabaran semasa.

“Masalah global patut mendapat maklum balas global,” katanya kepada perwakilan.

Ketegangan global meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya disebabkan pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan persaingan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Rundingan di Dubai seharusnya membolehkan masyarakat antarabangsa mencapai kemajuan dalam pengurangan gas rumah hijau dan peralihan tenaga bersih.

Ia juga akan menjadi peluang untuk mengambil kira komitmen negara bagi memenuhi objektif Perjanjian Paris untuk mengekalkan peningkatan pemanasan global kekal di bawah 2 darjah Celsius, jika boleh kepada 1.5 darjah Celsius berbanding dengan tahap pra-industri.

Namun, ia adalah tugas yang sukar berdasarkan keadaan semasa.

“Proses peralihan hijau mesti meningkat dengan pantas, kita berlumba dengan masa untuk menangani perubahan iklim,” kata IEA.

Tambah agensi itu lagi, beberapa syarat mesti dipenuhi untuk persidangan Dubai sekiranya ia mahu dianggap berjaya.

Pada November 2022, sidang kemuncak COP27 yang dianjurkan oleh Mesir diakhiri dengan perjanjian penting mengenai pembiayaan untuk membantu negara yang lemah.

Bagaimanapun, ia tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam usaha menghapuskan bahan api fosil secara berperingkat, yang dilihat sebagai mendesak.

“Julai dan Ogos mencatatkan antara suhu paling panas dalam sejarah dan nampaknya 2023 akan menjadi tahun paling panas,” kata Birol dengan menambah gelombang haba, banjir dan kebakaran hutan yang meningkat sebagai punca malapetaka ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Belarus siapkan draf undang-undang anti propaganda LGBT dan pedofilia

Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Belarus, Alexander Lukashenko (kanan) dan Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved (kiri).
  • Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.
  • Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap dan bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.
  • Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.
  • Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.
  • Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.

Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap.

Ia bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.

Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.

Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.

Undang-undang itu dilihat efektif dalam usaha pelarangan ekspresi awam berkenaan tingkah laku atau gaya hidup lesbian, lelaki-lelaki gay, biseksual atau transgender.

Mahkamah Agung Rusia pada Disember lalu mengharamkan apa disebutnya sebagai “pergerakan sosial LGBT antarabangsa,” melabelnya sebagai organisasi ekstremis.

Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.

Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, sebelum ini secara terbuka menyelar golongan LGBT, memanggil lelaki gay sebagai “pelucah” dan “kesongsangan teragung” dalam ucapannya kepada ahli-ahli politik sekitar tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending