Connect with us

Terkini

Dua wakil rakyat Sarawak bantah penganjuran ‘minggu solidariti Palestin’ di sekolah

Dua wakil rakyat Sarawak menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan agar sekolah dan institusi pendidikan awam mengadakan “minggu solidariti” bagi menunjukkan sokongan kepada Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Dua wakil rakyat Sarawak bantah penganjuran 'minggu solidariti Palestin' di sekolah
Foto: Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin (kiri) & Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham (kanan).
  • Dua wakil rakyat Sarawak menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan agar sekolah dan institusi pendidikan awam mengadakan “minggu solidariti” bagi menunjukkan sokongan kepada Palestin.
  • Adun Ba’Kelalan, Baru Bian berkata walaupun dia bersimpati dengan mangsa konflik Palestin-Israel yang sedang berlaku, arahan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan menyebabkan pelajar perlu berpihak dalam isu geopolitik yang rumit.
  • “Sekolah sepatutnya kekal sebagai ruang neutral untuk pembelajaran, perkembangan dan pemahaman,” kata Baru dalam kenyataan hari ini.
  • Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin ketika perbahasan di Dewan Rakyat mempersoalkan keperluan ia diadakan, memandangkan fokus utama sekolah adalah pendidikan pelajar.
  • “Secara peribadi, saya rasa tiada masalah untuk kita bersolidariti menentang keganasan dan jenayah perang.
  • “Tetapi apa perlunya kita bawa perkara ini ke sekolah dan libatkan anak-anak yang harus fokus kepada masa depan mereka?,” katanya ketika mencelah perbahasan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham.

Dua wakil rakyat Sarawak menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan agar sekolah dan institusi pendidikan awam mengadakan “minggu solidariti” bagi menunjukkan sokongan kepada Palestin.

Adun Ba’Kelalan, Baru Bian berkata walaupun dia bersimpati dengan mangsa konflik Palestin-Israel yang sedang berlaku, arahan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan menyebabkan pelajar perlu berpihak dalam isu geopolitik yang rumit.

“Penting untuk kita berempati dengan penderitaan mereka dan membawa mesej keamanan.

“Namun, mengambil sikap berpihak dalam konflik ini dan melibatkan anak-anak kita dalam isu politik yang rumit tidak kondusif terhadap pendidikan dan kesejahteraan mereka.

“Sekolah sepatutnya kekal sebagai ruang neutral untuk pembelajaran, perkembangan dan pemahaman,” kata Baru dalam kenyataan hari ini.

Baru yang juga setiausaha agung Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkata, sikap neutral itu penting kerana parti politik di Malaysia sering menggunakan isu kaum dan agama untuk meraih sokongan.

“Lebih-lebih lagi, kita perlu mengambil kira duluan yang akan ditetapkan dengan langkah ini. Jika kita libatkan sekolah dalam satu konflik antarabangsa, apa yang dapat menghalang kita daripada melakukan perkara sama dalam perang lain, seperti konflik Ukraine dan apa-apa krisis pada masa akan datang?

“Penting untuk mengekalkan integriti institusi pendidikan kita dan biarkan ia bebas daripada perangkap pertikaian politik global,” katanya lagi.

Justeru, dia menggesa kerajaan menimbang semula keputusan tersebut agar sekolah kekal neutral dan kanak-kanak dipupuk untuk menjadi “warga dunia yang bertanggungjawab, berbelas ihsan dan berpengetahuan”.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Kementerian Pendidikan, menerusi pekeliling yang dikeluarkan pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan) Azman Ahmad mengarahkan semua sekolah mengadakan minggu solidariti diadakan pada 29 Oktober hingga 3 November, dengan cadangan enam kegiatan.

Pekeliling itu mengundang bantahan sejumlah NGO yang menggesa kerajaan agar sekolah dan institusi pendidikan tidak dilibatkan dengan isu konflik antarabangsa, pertikaian agama dan perang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin ketika perbahasan di Dewan Rakyat mempersoalkan keperluan ia diadakan, memandangkan fokus utama sekolah adalah pendidikan pelajar.

“Secara peribadi, saya rasa tiada masalah untuk kita bersolidariti menentang keganasan dan jenayah perang.

“Tetapi apa perlunya kita bawa perkara ini ke sekolah dan libatkan anak-anak yang harus fokus kepada masa depan mereka?”

“Saya juga tidak sokong Israel mahupun Hamas menggunakan kekerasan, sebab saya nobatkan keamanan sejagat. Saya percaya seluruh ahli parlimen dalam dewan ini mahukan keamanan,” katanya ketika mencelah perbahasan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham.

Willie berkata keputusan Kementerian Pendidikan bukanlah satu bentuk tata kelola yang baik.

“Ya, kerajaan kita ‘walk the talk’. Mereka terlalu banyak bercakap, berjalan ke sini dan ke sana, tetapi tiada apa yang berlaku.

“Kita terus melangkah ke belakang. Ini bukan caranya,” katanya lagi.

Mengulas celahan itu, Ngeh bersetuju dengan Willie dan berkata orang dewasa sendiri sukar memahami perkembangan yang berlaku di Gaza.

“Jika kita selaku orang dewasa merasakan situasi ini sukar diselesaikan, bagi saya kita tidak perlu bawanya ke sekolah di mana murid-murid tidak faham isu ini

“Saya takut kalau ada mana-mana pihak menanam benih kebencian di sanubari anak-anak kita,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata isu Palestin tidak seharusnya dilihat menerusi lensa agama, tetapi sebagai isu kemanusiaan dan perjuangan orang Palestin untuk mendapat kemerdekaan.

“Lebih baik anak-anak ini diberikan pendedahan dan maklumat tepat tentang apa sebenarnya isu Palestin,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Ketua Wanita Amanah itu juga yakin Kementerian Pendidikan akan memastikan pelajar di sekolah tidak akan didedahkan dengan unsur keganasan melampau dalam kegiatan sempena minggu tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Author

Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending