Connect with us

Antarabangsa

Puluhan ribu protes penyebaran ideologi LGBT di sekolah Kanada

Protes terhadap indoktrinasi atau penyebaran ideologi secara halus lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di sekolah-sekolah berlaku di seluruh Kanada pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

-Puluhan-ribu-protes-penyebaran-ideologi-LGBT-di-sekolah-Kanada
Foto: Perhimpunan bantah LGBT di Kanada.
  • Protes terhadap indoktrinasi atau penyebaran ideologi secara halus lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di sekolah-sekolah berlaku di seluruh Kanada pada Rabu.
  • Ia sebagai sebahagian daripada gelombang “1 Million March for Children” yang menyaksikan puluhan ribu orang berkumpul di bandar-bandar utama. 
  • Penunjuk perasaan yang menggesa pihak berkuasa untuk menghentikan sebarang “ideologi berasaskan jantina” di sekolah, dikritik oleh Perdana Menteri Justin Trudeau, dengan menuduh mereka cuba menyebarkan kebencian.
  • “Transphobia, homophobia, dan biphobia tidak mempunyai tempat di negara ini,” kata Trudeau di Twitter. 

Protes terhadap indoktrinasi atau penyebaran ideologi secara halus lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di sekolah-sekolah berlaku di seluruh Kanada pada Rabu.

Ia sebagai sebahagian daripada gelombang “1 Million March for Children” yang menyaksikan puluhan ribu orang berkumpul di bandar-bandar utama. 

Penunjuk perasaan yang menggesa pihak berkuasa untuk menghentikan sebarang “ideologi berasaskan jantina” di sekolah, dikritik oleh Perdana Menteri Justin Trudeau, dengan menuduh mereka cuba menyebarkan kebencian.

“Transphobia, homophobia dan biphobia tidak mempunyai tempat di negara ini,” kata Trudeau di Twitter. 

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya kebencian ini dan manifestasinya, malah kami bersatu untuk menyokong 2SLGBTQI+ warga Kanada di seluruh negara – anda sah dan dihargai.” 

Penunjuk perasaan menggesa pihak berkuasa sekolah agar menghentikan indoktrinasi terhadap kanak-kanak, sambil membawa papan tanda seperti “Leave our Kids Alone!” dan “Hentikan Ideologi Gender”.

Klip video pendek protes seumpama itu di Ottawa diciap semula oleh jutawan AS Elon Musk dengan satu komen ringkas “Wow”. 

Advertisement

Perhimpunan pada Rabu itu juga bertepatan dengan kempen oleh kumpulan ibu bapa, menggesa orang ramai supaya tidak menghantar anak mereka ke sekolah bagi membantah indoktrinasi seksual. 

Protes itu mencerminkan perdebatan umum yang memuncak di seluruh AS dan Eropah mengenai naratif identiti jantina di sekolah, ketika pergerakan yang terdiri daripada kumpulan ibu bapa dan komuniti agama bergabung untuk membantah kandungan pro-LGBT didedahkan kepada anak-anak mereka termasuk bahan grafik.

Sumber: Malaysia Now

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending