Connect with us

Terkini

MoF mula perbincangan serah semula aset TH – PM

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) akan memulakan perbincangan untuk menyerahkan semula aset milik Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini diletakkan di bawah syarikat tujuan khas (SPV) kementerian itu.

Wartawan TMT

Published

on

MoF mula perbincangan serah semula aset TH – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • KEMENTERIAN Kewangan akan memulakan perbincangan untuk menyerahkan semula aset milik Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini diletakkan di bawah syarikat tujuan khas (SPV) kementerian itu.
  • Penyerahan semula aset itu juga membuktikan bahawa dakwaan aset TH telah diserahkan kepada orang bukan Islam adalah tidak benar sama sekali.

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) akan memulakan perbincangan untuk menyerahkan semula aset milik Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini diletakkan di bawah syarikat tujuan khas (SPV) kementerian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan selepas TH yang sebelum ini bergelut dengan isu pengurusan dan tatakelola sudah mula menunjukkan pemulihan sewajarnya.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penyerahan semula aset itu juga membuktikan bahawa dakwaan aset TH telah diserahkan kepada orang bukan Islam adalah tidak benar sama sekali.

“Setelah meneliti perkembangan dan berbincang dengan Menteri (di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar) dan (Pengerusi Lembaga TH) Tan Sri Azman (Mokhtar), saya telah beritahu daripada awal apabila saya ambil alih jawatan ini, sebaik TH diurus dengan baik dan meyakinkan seperti mana yang berlaku sekarang.

“Maka, MoF akan memulakan perbincangan supaya menyerahkan semula semua aset (TH) yang kini diamanahkan kepada MoF.

“Ini sebenarnya juga mematikan fitnah yang amat tidak bertanggungjawab terhadap Menteri Kewangan dan kerajaan ketika itu seolah-olah memindahkannya kepada kelompok bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 TH, hari ini.

Advertisement

Pada Mac 2019, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika itu berkata langkah memindahkan aset RM19.9 bilion kepada SPV berjaya ‘menutup lubang’ jurang antara aset dan liabiliti yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur untuk memastikan negara diuruskan dengan baik.

Beliau turut bertekad akan menghalang segala percubaan untuk merosakkan agensi-agensi berkaitan kerajaan daripada kegelojohan dan ketamakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Bukan susah, kena tengok fakta. Kadang-kadang kita termasuk ada ‘anak buah’ TH sendiri pun terpengaruh juga tapi tidak apa, nanti kita cuba terangkan dengan baik.

“Perkara ini saya dengar dan beritahu Tan Sri Azman. Saya terpaksa panggil KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) dan bawa semua rekod.

“(Jelas) semuanya intact, tak ada penyerahan kepada pihak yang lain. TH sebagai contoh terbaik. Sebaik pengurusan diurus dengan baik, ada tatakelola baik dan pimpinan berintegriti, maka dengan cepat dipulihkan,” katanya.

Advertisement

Sumber : Utusan

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending