Connect with us

Terkini

KKM sedia beri vaksin influenza – Dr Zaliha

Kementerian Kesihatan (KKM) sedia memberi vaksin kepada orang ramai jika penularan wabak influenza di negara ini semakin meningkat dan tidak terkawal.

Wartawan TMT

Published

on

KKM sedia beri vaksin influenza – Dr Zaliha
Foto: Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa.
  • Kementerian Kesihatan (KKM) sedia beri vaksin kepada orang ramai jika penularan wabak influenza di negara ini semakin meningkat dan tidak terkawal.
  • Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, keutamaan vaksin akan diberi kepada kumpulan barisan hadapan (frontliners) dan seterusnya akan diberikan kepada orang awam.
  • Katanya, setakat ini wabak tersebut masih terkawal.
  • “Setiap fasiliti kesihatan awam juga disediakan pusat saringan demam bagi menangani kes yang mempunyai gejala influenza,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Hospital Asia 2023 di Kuala Lumpur, semalam.
  • Influenza boleh menyebabkan jangkitan teruk pada paru-paru serta organ lain, selain peningkatan risiko sakit jantung.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia memberi vaksin kepada orang ramai jika penularan wabak influenza di negara ini semakin meningkat dan tidak terkawal.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, keutamaan vaksin akan diberi kepada kumpulan barisan hadapan (frontliners) dan seterusnya akan diberikan kepada orang awam.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini wabak tersebut masih terkawal.

“Jangkitan kes influenza masih terkawal dan semua fasiliti kesihatan sedia ada mampu menampung pesakit sekiranya ada berlaku peningkatan dalam masa terdekat.

“Setiap fasiliti kesihatan awam juga disediakan pusat saringan demam bagi menangani kes yang mempunyai gejala influenza,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Hospital Asia 2023 di Kuala Lumpur, semalam.

Influenza boleh menyebabkan jangkitan teruk pada paru-paru serta organ lain, selain peningkatan risiko sakit jantung.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis perasmian persidangan itu, Dr. Zaliha berkata, KKM merancang untuk mendigitalisasikan perkhidmatan kesihatan pada tahun 2030 untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Katanya, ia bukan sahaja untuk sistem kesihatan malah melibatkan semua fasiliti KKM yang lain.

Menurutnya, KKM menyedari kepentingan teknologi ini dan telah berusaha gigih untuk menyepadukannya ke dalam sistem penjagaan kesihatan di negara ini.

“Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan penjagaan pesakit tetapi juga meningkatkan kecekapan keseluruhan penyampaian penjagaan kesihatan,” katanya.

Seramai 1,000 delegasi dari dalam dan luar negara hadir pada majlis perasmian itu yang menampilkan 60 ahli panel terdiri daripada pakar-pakar perubatan.

Dr. Zaliha berkata, persidangan itu merupakan salah satu platform di mana ia bukan fokus kepada pengurusan hospital semata-mata, tetapi ruang untuk berkongsi pengalaman dan pembelajaran daripada negara-negara Asia yang lain.

Pada masa yang sama, beliau turut menyentuh mengenai Skim Perubatan Madani yang telah dilancarkan pada Jun 2023.

“Skim tersebut bertujuan untuk membantu rakyat golongan B40 mendapatkan perkhidmatan di klinik swasta yang berdekatan,” katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending