Connect with us

Terkini

Terus hantar balik warga asing ditahan di depot – ADUN Duyong

Semua warga asing yang ditahan di depot tahanan perlu terus dihantar balik ke negara masing-masing.

Hidayah Sani

Published

on

Terus hantar balik warga asing ditahan di depot – ADUN Duyong
Foto: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
  • Semua warga asing yang ditahan di depot tahanan perlu terus dihantar balik ke negara masing-masing.
  • Itu gesaan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang berpandangan ketika ini kerajaan sudah agak terlewat untuk merawat kemasukan pendatang asing ke Malaysia yang diibaratkan seperti ‘kudis’.
  • Beliau berkata lebih baik kerajaan berbelanja menyediakan tiket penerbangan menghantar kelompok ini pulang ke negara mereka daripada perlu berbelanja besar untuk menanggung kehidupan mereka di depot tahanan selain bakal berdepan tekanan lain seperti tuntutan hak asasi manusia.
  • “Kerajaan dah mula dah buat pemutihan tapi dalam masa nak putihkan panggil masuk lagi, itu masalah juga kan? Saya pun kadang kadang… yelah kita pun tak faham industri ini adakah tak cukup ‘kudis’ yang ada ini untuk ‘dikudiskan’? Jadi ada masa juga kita mungkin luka nak merawat ini, kita terjejas tapi kalau tak buat sekarang dia akan bertambah teruk,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Di Sebalik Isu bersama Finaz Yunus yang bertajuk, Malaysia ‘Syurga’ Pendatang? pada Jumaat lalu bersama Pengerusi Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain.
  • Mengulas isu pelarian Rohingya, Mohd Helmy menegaskan kemasukan kelompok itu perlu disekat dengan meminda undang-undang tempatan sekalipun ia bertentangan undang-undang antarabangsa.

KUALA LUMPUR —  Semua warga asing yang ditahan di depot tahanan perlu terus dihantar balik ke negara masing-masing.

Itu gesaan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang berpandangan ketika ini kerajaan sudah agak terlewat untuk merawat kemasukan pendatang asing ke Malaysia yang diibaratkan seperti ‘kudis’.

Justeru, beliau mendesak kerajaan bertindak segera untuk menangani isu itu sebelum ia bertambah lebih teruk.

Beliau berkata lebih baik kerajaan berbelanja menyediakan tiket penerbangan menghantar kelompok itu pulang ke negara mereka daripada perlu berbelanja besar untuk menanggung kehidupan mereka di depot tahanan selain bakal berdepan tekanan lain seperti tuntutan hak asasi manusia.

“Kerajaan dah mula dah buat pemutihan tapi dalam masa nak putihkan panggil masuk lagi, itu masalah juga kan? Saya pun kadang kadang… yelah kita pun tak faham industri ini adakah tak cukup ‘kudis’ yang ada ini untuk ‘dikudiskan’? Jadi ada masa juga kita mungkin luka nak merawat ini, kita terjejas tapi kalau tak buat sekarang dia akan bertambah teruk. 

“Tahan dulu seketika, selesaikan betul-betul dapat hantar pulang dapat hantar pulang tak payahlah simpan kat depot itu kita belanja (mereka) tiket kapal terbang. Itu kita simpan di depot dengan harapan orang tebus dia (pendatang asing) untuk apa? Sebab kita menangkap (mereka),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Di Sebalik Isu bersama Finaz Yunus yang bertajuk, Malaysia ‘Syurga’ Pendatang? pada Jumaat lalu bersama Pengerusi Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain.

Mengulas isu pelarian Rohingya, Mohd Helmy menegaskan kemasukan kelompok itu perlu disekat dengan meminda undang-undang tempatan sekalipun ia bertentangan undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata adalah sangat malang apabila ketika ini tiada data sebenar (direkodkan) untuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan di Malaysia.

“Lebih malangnya kita tidak ada data berapa sebenarnya kad UNHCR yang telah dikeluarkan di Malaysia baru sekarang ini kita nak buat untuk synchronize semua data ini itu pun kita nak kena refer kepada UNHCR. No!

“Kita buat sendiri walaupun daripada imigresen buat sendiri supaya kita boleh kuatkuasakan undang-undang ini barulah dapat mengurangkan (kemasukan warga asing),” katanya yang dikenali lantang membangkitkan isu ini di media sosial.

Pada masa sama, Mohd Helmy berkata masyarakat Malaysia tidak boleh menafikan permasalahan ini juga berpunca daripada golongan tempatan sendiri yang suatu ketika dahulu menerima mereka kerana rasa empati sedangkan waktu itu sebenarnya negara ini tidak bersedia.

“Hari ini kita tidak boleh nafikan sebab punca masalah ini daripada kita semua sama-sama nyanyikan Selamat Malam Rohingya pada enam tahun lalu…Hari ini kita marah pada kerajaan semata-mata sedangkan kita sama-sama solat hajat mempertahankan nasib Rohingya jangan lupa setiap daripada kita penyumbang. 

“Tapi kenapa, hari ini kita dah terluka, marah, kita terancam, perut kita terganggu kita rasa tak selamat walaupun kita ditempat sendiri setiap daripada kita memberontak tapi waktu kita menerima kita leka kita tidak sedia sebenarnya kita lebih kesian kita berempati dan kita sentiasa berdoa agar segala-galanya baik sentiasa tapi tindakan itu tidak ada,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Youtube Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending