Connect with us

Antarabangsa

Meta, Google perlu bayar cukai digital di New Zealand bermula 2025

New Zealand akan memperkenalkan undang-undang pada minggu ini bagi membolehkan cukai perkhidmatan digital ke atas syarikat multinasional besar, yang hanya mula dikenakan selepas 2025.

Wartawan TMT

Published

on

Meta, Google perlu bayar cukai digital di New Zealand bermula 2025
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • New Zealand akan memperkenalkan undang-undang pada minggu ini bagi membolehkan cukai perkhidmatan digital ke atas syarikat multinasional besar, yang hanya mula dikenakan selepas 2025.
  • Menteri Kewangan, Grant Robertson, hari ini berkata cukai yang dicadangkan itu akan dibayar oleh perniagaan multinasional memperoleh lebih €750 juta (RM3.7 bilion) setahun daripada perkhidmatan digital global dan lebih NZ$3.5 juta (RM9.3 juta) setahun daripada perkhidmatan digital yang disediakan kepada pengguna New Zealand.
  • Kerajaan di seluruh dunia bimbang syarikat seperti Google dan Facebook tidak membayar cukai mencukupi atau tidak membayarnya di tempat yang betul, malah peraturan cukai global semasa tidak sesuai dengan cara syarikat ini membuat wang.
  • “Ini adalah masalah yang dihadapi oleh negara di seluruh dunia, dengan semakin banyak perniagaan luar negara yang menerima model perniagaan digital,” kata Robertson

WELLINGTON: New Zealand akan memperkenalkan undang-undang pada minggu ini bagi membolehkan cukai perkhidmatan digital ke atas syarikat multinasional besar, yang hanya mula dikenakan selepas 2025.

Menteri Kewangan, Grant Robertson, hari ini berkata cukai yang dicadangkan itu akan dibayar oleh perniagaan multinasional memperoleh lebih €750 juta (RM3.7 bilion) setahun daripada perkhidmatan digital global dan lebih NZ$3.5 juta (RM9.3 juta) setahun daripada perkhidmatan digital yang disediakan kepada pengguna New Zealand.

Katanya, ia akan dikenakan pada kadar tiga peratus terhadap hasil perkhidmatan digital New Zealand yang boleh dicukai kasar, sama seperti cukai yang diterima pakai negara lain seperti Perancis dan United Kingdom (UK), serta dijangka menjana NZ$222 juta (RM611 juta) dalam tempoh empat tahun.

Kerajaan di seluruh dunia bimbang bahawa syarikat seperti Google dan Facebook tidak membayar cukai yang mencukupi atau tidak membayarnya di tempat yang betul, malah peraturan cukai global semasa juga tidak sesuai dengan cara syarikat ini membuat wang.

“Adalah jelas bahawa rangka kerja cukai antarabangsa tidak seiring dengan perubahan dalam amalan perniagaan moden mahupun peningkatan pendigitalan perdagangan.

“Ini adalah masalah yang dihadapi oleh negara di seluruh dunia, dengan semakin banyak perniagaan luar negara yang menerima model perniagaan digital.

“Keupayaan kami untuk mengenakan cukai kepada mereka adalah terhad dan bebannya jatuh kepada kumpulan pembayar cukai yang lebih kecil,” kata Robertson.

Kerajaan New Zealand sudah mengambil bahagian dalam rundingan di Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi perjanjian pelbagai hala mengenai cara menangani isu-isu ini, tetapi Robertson berkata, kemajuannya agak perlahan.

“Walaupun kami akan terus berusaha untuk menyokong perjanjian pelbagai hala, kami tidak bersedia untuk menunggu terlalu lama untuk mengetahuinya.

“Itulah sebabnya kami sudah menyediakan undang-undang untuk dilaksanakan jika proses OECD tidak berjaya,” katanya. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending