Connect with us

Terkini

Jangan salahkan orang Melayu, anak muda terpengaruh politik di media sosial – Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju tindakan menyalahkan orang Melayu dan anak muda kerana terpengaruh dalam sentimen politik berasaskan kaum dan agama di media sosial.

Wartawan TMT

Published

on

Jangan salahkan orang Melayu, anak muda terpengaruh politik di media sosial - Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju tindakan menyalahkan orang Melayu dan anak muda kerana terpengaruh dalam sentimen politik berasaskan kaum dan agama di media sosial.
  • Beliau menegaskan, itu merupakan cabaran jentera parti PH untuk menyantuni golongan itu dengan lebih baik bagi memberi penjelasan kepada mereka.
  • “Ini mengambil masa, saya tidak setuju setengah pihak menyalahkan orang Melayu, menyalahkan kefahaman mereka bahawa mereka itu mudah terpengaruh dengan hasutan kaum dan agama dan menakut-nakutkan Cina dan DAP,” katanya. 
  • Anwar berkata, menjadi tanggungjawab jentera untuk bekerja lebih keras bagi menterjemahkan dasar Madani.
  • Jelasnya, ia sesuatu perkara yang mengambil masa untuk dijelaskan kepada orang Melayu dan anak muda.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju tindakan menyalahkan orang Melayu dan anak muda kerana terpengaruh dalam sentimen politik berasaskan kaum dan agama di media sosial.

Sebaliknya, beliau menegaskan, itu merupakan satu cabaran kepada jentera parti PH untuk menyantuni golongan itu dengan lebih baik bagi memberi penjelasan kepada mereka.

“Ini mengambil masa, saya tidak setuju setengah pihak menyalahkan orang Melayu, menyalahkan kefahaman mereka bahawa mereka itu mudah terpengaruh dengan hasutan kaum dan agama dan menakut-nakutkan Cina dan DAP.

“Ini satu cabaran untuk kita cuba menyantuni dan jelaskan kepada mereka. Kerana dia mudah, “kalau PH menang DAP dan Cina berkuasa, habis negeri kita, habis rakyat” itu kenyataan satu minit Tiktok yang mungkin meyakinkan dia.

“Saya tahu tidak benar dan saya tidak akan salahkan kerana ia mengambil masa. Madani satu konsep yang menyeluruh dan dia tak nampak serta tidak tahu yang dia sokong itu kadang-kadang orang-orang kaya ratusan juta ringgit,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu negara, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, menjadi tanggungjawab jentera untuk bekerja lebih keras bagi menterjemahkan dasar Madani.

Jelasnya, ia sesuatu perkara yang mengambil masa untuk dijelaskan kepada orang Melayu dan anak muda.

“Kita harus cuba selesaikan dengan menyantuni rakyat, dengan hikmah, kebijaksanaan dan keyakinan.

“Ini saya tegaskan dalam mesyuarat jemaah menteri semalam… jalankan kerja dengan ikhlas, mustahil ditolak kerana keikhlasan dan kerana sikap keras menolak rasuah..,” tegas beliau lagi.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
  • Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
  • Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
  • Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
  • Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.

Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.

Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.

Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.

“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.

“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.

Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.

Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending