Connect with us

Terkini

Hadir ke tempat maksiat tetap kesalahan – Mufti Kelantan

Tidak timbul isu sama ada individu itu dari pusat tahfiz atau tidak, mahupun memakai jubah, serban serta bersongkok, sekiranya hadir ke tempat maksiat ia tetap satu kesalahan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Wartawan TMT

Published

on

Hadir ke tempat maksiat tetap kesalahan – Mufti Kelantan
Foto: Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
  • Tidak timbul isu sama ada individu itu dari pusat tahfiz atau tidak, mahupun memakai jubah, serban serta bersongkok, sekiranya hadir ke tempat maksiat ia tetap satu kesalahan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
  • Beliau berkata, faktor pemakaian dan penampilan individu tidak boleh menjadi ukuran untuk menilai seseorang, asalkan majlis yang dihadiri dibenarkan mengikut hukum syarak. 
  • “Bagaimanapun sekiranya mereka hadir ke tempat maksiat, maka itu tetap satu kesalahan.
  • “Rukun Islam tidak ada double standard (pilih kasih),” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Malaysia #QuranHour di Masjid Muhammadi, di sini, hari ini.
  • Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas kontroversi sekumpulan pelajar tahfiz yang diundang ke konsert Kepci Music Fest di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.

Kota Bharu: Tidak timbul isu sama ada individu itu dari pusat tahfiz atau tidak, mahupun memakai jubah, serban serta bersongkok, sekiranya hadir ke tempat maksiat ia tetap satu kesalahan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, faktor pemakaian dan penampilan individu tidak boleh menjadi ukuran untuk menilai seseorang, asalkan majlis yang dihadiri dibenarkan mengikut hukum syarak. 

“Bagaimanapun sekiranya mereka hadir ke tempat maksiat, maka itu tetap satu kesalahan.

“Rukun Islam tidak ada double standard (pilih kasih),” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Malaysia #QuranHour di Masjid Muhammadi, di sini, hari ini.

Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas kontroversi sekumpulan pelajar tahfiz yang diundang ke konsert Kepci Music Fest di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.

Ramai yang mempertikaikan tindakan menjemput pelajar tahfiz berkenaan yang dianggap tidak sesuai untuk menghadiri acara hiburan sebegitu.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri menegaskan, umat Islam di negara ini tidak wajar menghadiri konsert yang boleh menimbulkan kemaksiatan.

“Apabila hadir ke sesebuah konsert, ia sepatutnya (konsert yang dianjurkan dengan mengikut syarak) untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan merasakan kita adalah hamba-Nya.

“Namun, sekiranya kita hadir (sesuatu konsert) dan lupa kepada diri serta Allah SWT, maka ia tidak diizinkan, kita sembahyang pun ingat kepada Allah jadi (hadiri) konsert pun biarlah konsert yang mendekatkan diri kepada-Nya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending