Terkini
KPDN rangka Dasar Ekonomi Rahmah, tingkat ekonomi B40 dan miskin tegar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka Dasar Ekonomi Rahmah dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan B40 dan miskin tegar.

- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merangka Dasar Ekonomi Rahmah dalam usaha tingkatkan taraf hidup B40 dan miskin tegar.
- Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Dasar Ekonomi Rahmah adalah selaras komitmen dan usaha Kerajaan Perpaduan menoktahkan miskin tegar tahun ini.
- Salahuddin berkata dasar berkenaan dijangka dapat disiapkan pada September ini dan akan dibawa untuk dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kabinet.
- “Pertamanya, KPDN bukan lagi menyantuni mereka menerusi inisiatif (bersifat) sekali beri atau bermusim seperti Inisiatif Payung Rahmah…keduanya bagaimana melihat subsidi yang sebahagian besarnya memang diperuntukkan kerajaan mesti tepat sampai kepada golongan sasar.”
- “Ketiganya, KPDN akan fokus kepada membangunkan ekonomi rakyat itu sendiri mungkin menerusi program sedia ada seperti perniagaan dalam talian dan francais di peringkat kementerian dan Inisiatif Daya,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam forum bertajuk “Menangani Kos Sara Hidup, Meningkatkan Kemakmuran Rakyat” di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini semalam.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka Dasar Ekonomi Rahmah dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan B40 dan miskin tegar.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Dasar Ekonomi Rahmah ini adalah selaras dengan komitmen dan usaha Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan miskin tegar tahun ini.
Salahuddin berkata dasar berkenaan dijangka dapat disiapkan pada September ini dan ia akan dibawa untuk dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kabinet.
Katanya, dasar berkenaan akan menjadi satu polisi yang membina di peringkat KPDN untuk terus menyantuni golongan sasar itu terutamanya dari segi aspek ekonomi mereka.
Beliau berkata demikian ketika ditemui BERNAMA selepas menjadi ahli panel dalam forum bertajuk “Menangani Kos Sara Hidup, Meningkatkan Kemakmuran Rakyat” di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini semalam.
“Pertamanya, KPDN bukan lagi menyantuni mereka menerusi inisiatif (bersifat) sekali beri atau bermusim seperti Inisiatif Payung Rahmah…keduanya bagaimana melihat subsidi yang sebahagian besarnya memang diperuntukkan kerajaan mesti tepat sampai kepada golongan sasar.
“Ketiganya, KPDN akan fokus kepada membangunkan ekonomi rakyat itu sendiri mungkin menerusi program sedia ada seperti perniagaan dalam talian dan francais di peringkat kementerian dan Inisiatif Daya,” katanya.
Beliau berkata Dasar Ekonomi Rahmah itu juga dirangka supaya dapat membantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Negara sekaligus dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar.
Sebelum ini, Anwar pernah menegaskan bahawa jumlah kemiskinan tegar dalam negara perlu dinoktahkan pada tahun ini.
Sumber: Bernama
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas