Connect with us

Antarabangsa

Rosakkan al-Quran jenayah di Russia – Putin

Tindakan tidak menghormati dan merosakkan kitab suci al-Quran adalah satu jenayah di Russia, tegas Vladimir Putin.

Wartawan TMT

Published

on

Rosakkan al-Quran jenayah di Rusia - Putin
Foto: Presiden Russia, Vladimir Putin.
  • Presiden Russia, Vladimir Putin bertegas tindakan tidak menghormati dan merosakkan kitab suci al-Quran adalah satu jenayah di Russia. 
  • Beliau menjelaskan, meskipun pencabulan kitab itu tidak dianggap jenayah di beberapa negara, namun tindakan berkenaan boleh dihukum di bawah undang-undang negara itu.
  • “Kitab ini suci buat umat Islam dan seharusnya suci buat semua. Kita tahu negara lain mempunyai pendapat berbeza, mereka tidak menghormati perasaan agamawan, selain menganggap ia bukan satu jenayah. Di negara kita ia satu jenayah dan boleh dihukum di bawah konstitusi dan Artikel 282 Kod Jenayah,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Masjid Juma, Derbent, di Republik Autonomi Dagestan sempena Hari Raya Aidiladha pada Rabu lalu. 

DAGESTAN: Tindakan tidak menghormati dan merosakkan kitab suci al-Quran adalah satu jenayah di Russia, tegas Vladimir Putin.

Presiden Russia itu menjelaskan, meskipun pencabulan kitab itu tidak dianggap jenayah di beberapa negara, namun tindakan berkenaan boleh dihukum di bawah undang-undang negara itu.

“Kitab ini suci buat umat Islam dan seharusnya suci buat semua. Kita tahu negara lain mempunyai pendapat berbeza, mereka tidak menghormati perasaan agamawan, selain menganggap ia bukan satu jenayah.

“Di negara kita ia satu jenayah dan boleh dihukum di bawah konstitusi dan Artikel 282 Kod Jenayah,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Masjid Juma, Derbent, di Republik Autonomi Dagestan sempena Hari Raya Aidiladha.

Kehadiran Putin ke masjid bersejarah di Derbent itu disambut wakil-wakil komuniti Islam di Dagestan selain dihadiahkan kitab suci Al-Quran.

Kenyataan Putin itu dibuat susulan tindakan seorang ekstremis membakar naskhah kitab suci al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden pada Rabu lalu semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.

Seorang lelaki Salwan Momika, ditahan oleh polis Sweden kerana didakwa “memprovokasi kumpulan etnik” selepas melakukan tindakan itu.

Advertisement

Katanya, tindakan yang dilakukannya itu sebagai menekankan kepentingan kebebasan bersuara.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending