Terkini
Kempen “Perangi sami palsu” di Butterworth
Sekumpulan pemuda beragama Buddha mengedarkan risalah kesedaran tentang usaha “Perangi sami palsu” di pasar dan kedai kopi Butterworth.

- Sekumpulan pemuda beragama Buddha mengedarkan risalah kesedaran tentang usaha “Perangi sami palsu” di pasar dan kedai kopi Butterworth.
- Sami yang betul tidak boleh meminta sedekah dari meja ke meja dan hanya boleh berdiri di satu lokasi tetap dan menunggu orang beri sedekah.
- Mereka hanya boleh menerima makanan sedekah dalam mangkuk yang dibawa dan tidak boleh menerima duit.
Sekumpulan pemuda beragama Buddha mengedarkan risalah kesedaran tentang usaha “Perangi sami palsu” di pasar dan kedai kopi Butterworth.
Menurut Sin Chew Daily, kumpulan enam pemuda diketuai Liu Jun Bin itu membantu Penang Harmony Corporation Sdn Bhd (HARMONICO) mengedarkan risalah itu di tempat-tempat sasaran sami palsu.
Liu berkata mereka berjaya menghalau seorang sami palsu dan seorang biksuni palsu dałam program itu.
Katanya, sami yang betul tidak boleh meminta sedekah dari meja ke meja dan hanya boleh berdiri di satu lokasi tetap dan menunggu orang beri sedekah.
Mereka hanya boleh menerima makanan sedekah dalam mangkuk yang dibawa dan tidak boleh menerima duit.
Rata-rata masyarakat tempatan sedar mereka tidak boleh memberi duit kepada sami.
Namun terdapat sami dan biksuni palsu enggan beredar dari tempat itu sehingga masyarakat memberi seringgit dua kepada mereka, kata Liu.

Foto: Risalah “Perangi sami palsu”.
Dalam risalah yang diedarkan juga tertera tatatertib seorang sami meminta sedekah, antaranya;
- Mereka hanya boleh melihat pada mangkuk sedekah.
- Mereka tidak boleh meminta sesuatu daripada orang.
- Mereka tidak boleh memegang barang-barang seperti tasbih dan azimat.
- Mereka tidak boleh meminta wang.
- Mereka tidak boleh meminta sedekah selepas waktu tengah hari.
Sumber: Sin Chew Daily
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN