Connect with us

Antarabangsa

Doktor di England lancar mogok 72 jam

Sekumpulan doktor di hospital di England melancarkan mogok selama 72 jam dalam tindakan terbaharu bagi meluahkan rasa tidak puas terhadap pemotongan gaji mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Doktor di England lancar mogok 72 jam
Foto: Sekumpulan doktor di hospital di England melancarkan mogok selama 72 jam.
  • Sekumpulan doktor di hospital di England melancarkan mogok selama 72 jam dalam tindakan terbaharu bagi meluahkan rasa tidak puas terhadap pemotongan gaji mereka.
  • Tindakan itu sekali gus dikhuatiri mampu menjejaskan pesakit dan perkhidmatan kesihatan.
  • Mogok yang disertai doktor muda itu bermula jam 7 pagi waktu tempatan dan dijadual berlangsung hingga Sabtu ini.
  • Menurut Jawatankuasa Doktor Muda Persatuan Perubatan British (BMA), berlaku pemotongan gaji sebanyak 26 peratus dalam tempoh 15 tahun yang lalu, menyebabkan bayaran diterima mereka tidak selari dengan kadar inflasi yang melambung tinggi.
  • Mereka menuntut gaji dikembalikan kepada paras ketika 2008 hingga 2009 lalu, namun menurut kerajaan, ia bermakna pemberian gaji purata memerlukan kenaikan kira-kira 35 peratus tahun ini dan ia dianggap terlalu tinggi.

LONDON: Sekumpulan doktor di hospital di England melancarkan mogok selama 72 jam dalam tindakan terbaharu bagi meluahkan rasa tidak puas terhadap pemotongan gaji mereka.

Tindakan itu sekali gus dikhuatiri mampu menjejaskan pesakit dan perkhidmatan kesihatan.

Mogok yang disertai doktor muda itu bermula jam 7 pagi waktu tempatan dan dijadual berlangsung hingga Sabtu ini.

Menurut Jawatankuasa Doktor Muda Persatuan Perubatan British (BMA), berlaku pemotongan gaji sebanyak 26 peratus dalam tempoh 15 tahun yang lalu, menyebabkan bayaran diterima mereka tidak selari dengan kadar inflasi yang melambung tinggi.

Mereka menuntut gaji dikembalikan kepada paras ketika 2008 hingga 2009 lalu, namun menurut kerajaan, ia bermakna pemberian gaji purata memerlukan kenaikan kira-kira 35 peratus tahun ini dan ia dianggap terlalu tinggi.

Mogok dilaporkan itu adalah yang terbaharu ‘menyerang’ agensi dibiayai kerajaan, Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS).

Ia turut menyaksikan jururawat dan kakitangan perubatan lain mengadakan tunjuk perasaan bagi memperoleh bayaran gaji lebih tinggi.

Advertisement

BMA memberi amaran mogok sama turut diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang jika kerajaan kekal dengan tawaran lima peratus walaupun persatuan itu terbuka untuk rundingan.

Persatuan itu turut mendedahkan, kira-kira tujuh juta pesakit menunggu rawatan pada April yang memecahkan rekod tertinggi, dengan hampir tiga juta terpaksa bersabar lebih daripada 18 bulan sebelum dapat bertemu doktor.

Katanya, tempoh masa untuk pesakit menunggu temu janji pertama mereka selain rawatan bagi kanser juga semakin lama.

Selasa lalu, Pengarah Perubatan Nasional NHS England, Stephen Powis, melahirkan kebimbangan kebanyakan penjagaan kesihatan secara rutin atau senarai menunggu boleh terjejas berikutan tindakan berkenaan.

Katanya, tindakan mogok pada April lalu menyaksikan 196,000 temujanji pesakit di hospital dan operasi terpaksa disusun semula.

“Ia (mogok) akan memberi impak yang besar terhadap penjagaan kesihatan untuk pesakit sedia ada dan dalam senarai menunggu kerana prosedur perlu mengambil masa untuk dijadualkan semula membabitkan pelbagai unit,” katanya.

Advertisement

Powis berkata, keutamaan bagaimanapun diberikan kepada kes kecemasan dan penjagaan kritikal.

Pihak pengurusan tertinggi memohon supaya kedua-dua pihak untuk mengalah susulan masalah temujanji tertunggak yang masih berlaku di kemudahan penjagaan kesihatan yang diburukkan lagi oleh wabak COVID-19 sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan, Steve Barclay, menyifatkan tindakan mogok itu amat mengecewakan kerana ia memberikan risiko buat pesakit, selain menjejaskan usaha bagi mengurangkan senarai menunggu.

“Jika BMA membatalkan mogok yang menjejaskan ini selain bersedia mengalah, kita boleh menyambung semula perbincangan dan mencari jalan penyelesaian seperti yang kita lakukan dengan kesatuan sekerja lain,”katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending