Connect with us

Antarabangsa

Rang Undang-Undang Kelakuan Seksual cetus kebimbangan ratu pondan di Texas

Texas bakal memperluaskan undang-undang pertunjukan berunsur seksual di bawah rang undang-undang yang diluluskan pada Ahad, demikian lapor Huffpost

Ruszaini Ruslan

Published

on

Rang Undang-Undang Kelakuan Seksual cetus kebimbangan ratu pondan di Texas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Texas, Amerika Syarikat (AS) bakal memperluaskan undang-undang pertunjukan berunsur seksual di bawah rang undang-undang yang diluluskan pada Ahad.
  • Rang undang-undang itu merupakan sebahagian usaha Texas dan beberapa negeri konservatif lain untuk membanteras pertunjukan ratu pondan dan mengehadkan ‘hak’ LGBTQ.
  • Sesetengah ratu pondan dan aktivis LGBTQ mendakwa sekatan baharu itu terlalu kabur dan bimbang mereka akan disasarkan secara tidak adil.

Texas bakal memperluaskan undang-undang pertunjukan berunsur seksual di bawah rang undang-undang yang diluluskan pada Ahad, demikian lapor Huffpost

Keputusan itu mencetuskan reaksi dalam kalangan ratu pondan (drag queen) di negeri di Amerika Syarikat (AS) itu yang bimbang pertunjukan mereka akan dianggap sebagai jenayah di bawah undang-undang terbabit.

Rang undang-undang Texas mengenai kandungan seksual dalam persembahan itu pada awalnya bertujuan untuk menghalang kanak-kanak daripada menghadiri pertunjukan ratu pondan.

Bagaimanapun ia diubah untuk mengalih keluar rujukan khusus kepada pertunjukan ratu pondan, tetapi ia juga meluaskan skop perkara yang menyalahi undang-undang. 

Sebarang perbuatan meraba dan rangsangan sama ada perbuatan sebenar atau olok-olok, mempamerkan alatan mainan seks adalah dilarang menerusi rang undang-undang itu. 

Selain itu, takrifan kelakuan seksual yang dikemas kini juga melarang pemakaian aksesori atau prostetik yang menonjolkan bentuk wanita atau lelaki di hadapan kanak-kanak bawah umur atau di tempat awam.

Mereka yang ingkar bakal berdepan hukuman penjara sehingga setahun, manakala perniagaan menganjurkan persembahan melanggar undang-undang itu boleh didenda $10,000 (RM46,115) bagi setiap pelanggaran.

Advertisement

Sesetengah ratu pondan dan aktivis LGBTQ mendakwa sekatan baharu itu terlalu kabur dan bimbang mereka akan disasarkan secara tidak adil.

Penyokong rang undang-undang pula berkata ia diperlukan demi melindungi kanak-kanak daripada melihat kandungan tidak senonoh, walaupun sesetengah pengkritik bimbang sifat samar-samar undang-undang itu berkemungkinan menjerat persembahan lain.

Rang undang-undang itu merupakan sebahagian usaha Texas dan beberapa negeri konservatif lain untuk membanteras pertunjukan ratu pondan dan mengehadkan ‘hak’ LGBTQ.

Ia diserahkan kepada Gabenor Republikan Abbott yang dijangka menandatanganinya menjadi undang-undang.

Awal bulan ini, Texas menjadi negeri terbesar mengharamkan penjagaan pengesahan jantina untuk kanak-kanak di bawah umur dan penggubal undang-undang juga meluluskan langkah untuk menyekat atlet transgender dalam sukan kolej.

Sumber: Huffpost

Advertisement

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending