Connect with us

Antarabangsa

Kibar bendera Palestin bakal dianggap perbuatan jenayah

Parlimen rejim haram aparteid Israel (Knesset) telah mengemukakan rang undang-undang (RUU) yang bakal menetapkan bahawa tiga orang atau lebih yang mengibarkan bendera Palestin akan dianggap sebagai jenayah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kibar bendera Palestin bakal dianggap perbuatan jenayah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parlimen rejim haram aparteid Israel (Knesset) telah mengemukakan rang undang-undang (RUU) yang bakal menetapkan bahawa tiga orang atau lebih yang mengibarkan bendera Palestin akan dianggap sebagai jenayah.
  • Lapor portal antarabangsa, cadangan RUU itu dikemukakan oleh parti sayap kanan Otzma Yehudit dan sesiapa yang mengibarkan bendera Palestin semasa protes boleh dihukum penjara sehingga satu tahun.
  • Menurut laporan, RUU berkenaan memerlukan tiga undian tambahan untuk diluluskan sekali gus membenarkan pihak rejim aparteid Israel menjenayah dan membubarkan protes yang diadakan oleh rakyat Palestin.

BAITULMUQADDIS, 19 Mei 2023 – Parlimen rejim haram aparteid Israel (Knesset) telah mengemukakan rang undang-undang (RUU) yang bakal menetapkan bahawa tiga orang atau lebih yang mengibarkan bendera Palestin akan dianggap sebagai jenayah.

Lapor portal antarabangsa, cadangan RUU itu dikemukakan oleh parti sayap kanan Otzma Yehudit dan sesiapa yang mengibarkan bendera Palestin semasa protes boleh dihukum penjara sehingga satu tahun.

Menurut laporan, RUU berkenaan memerlukan tiga undian tambahan untuk diluluskan sekali gus membenarkan pihak rejim aparteid Israel menjenayah dan membubarkan protes yang diadakan oleh rakyat Palestin.

Ia dibuat susulan Knesset rejim meluluskan bacaan awal RUU yang akan melarang mengibarkan bendera Palestin di institusi yang dibiayai negara haram itu dan juga selepas penceroboh haram melancarkan perarakan bendera melalui Kota Lama Baitulmuqaddis yang menandakan pendudukan Israel di bandar Islam itu pada tahun 1967.

Mengutuk cadangan RUU tersebut, Pusat Undang-Undang untuk Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) berkata tindakan polis menangkap mereka yang memegang bendera Palestin disifatkan sebagai ‘pelanggaran melampau terhadap kuasa dan undang-undang’.

Selain itu, gerakan pejuang Hamas turut menyelar undang-undang berkenaan sebagai perang agama yang dilancarkan oleh pentadbiran fasis Israel terhadap rakyat Palestin.

“Meluluskan draf rang undang-undang itu dalam bacaan awal akan memberi pendudukan Israel lampu hijau untuk terus mencabul hak rakyat Palestin,” tegas mereka.

Walau bagaimanapun, pergerakan penentangan pendudukan haram menekankan bahawa tindakan sedemikian gagal untuk menghalang rakyat Palestin daripada mengibarkan bendera kebangsaan mereka, yang mewakili identiti, perpaduan dan perjuangan mereka.

Sumber: Samudera

Author