Connect with us

Antarabangsa

Pasangan gay, homoseks tidak diterima di Tel Aviv

Pasangan gay di Israel digesa pulang ke Jerman oleh jiran mereka di sebuah apartmen di sini yang memecahkan penutup tingkap, menyerang dan mengancam pasangan songsang itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pasangan gay, homoseks tidak diterima di Tel Aviv
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pasangan gay di Israel digesa pulang ke Jerman oleh jiran mereka di sebuah apartmen di sini yang memecahkan penutup tingkap, menyerang dan mengancam pasangan songsang itu.
  • Jiran mereka di Tel Aviv menggesa pasangan homoseks itu, “balik ke Jerman, saya tidak bertolak ansur dengan gay, saya tidak suka gay.”
  • Serangan itu berlaku pada malam Hari Peringatan Holocaust.
  • Laporan  tentang kes kebencian terhadap komuniti LGBTQ+ semakin banyak diterima pihaknya setiap hari. – Pengerusi Agudah (Persatuan Kesaksamaan LGBTQ di Israel), Hila Peer.

TEL AVIV – Pasangan gay di Israel digesa pulang ke Jerman oleh jiran mereka di sebuah apartmen di sini yang memecahkan penutup tingkap, menyerang dan mengancam pasangan songsang itu.

Oded, salah seorang gay itu, berkata jiran mereka mula menjerit kepadanya dan pasangan songsangnya.

Kejadian itu berlaku sebelum mereka bertolak ke tempat kerja di mana jiran menggesa pasangan songsang itu, “balik ke Jerman, saya tidak bertolak ansur dengan gay, saya tidak suka gay”.

Insiden itu berlaku pada malam Hari Peringatan Holocaust. 

Kelompok homoseks merupakan salah satu kumpulan yang menjadi sasaran Nazi sebelum ini di mana antara 5,000 hingga 15,000 lelaki dihantar ke kem tahanan sebagai “pesalah homoseksual”. 

Puluhan ribu pula dipenjarakan di tempat lain, menurut Muzium Memorial Holocaust AS.

Tidak diketahui berapa ramai homoseksual yang dibunuh dalam Holocaust.

Pengerusi Agudah (Persatuan Kesaksamaan LGBTQ di Israel), Hila Peer berkata laporan tentang kes kebencian terhadap komuniti LGBTQ+ semakin banyak diterima pihaknya setiap hari.

Serangan LGBTQ berleluasa dan polis Israel dilaporkan menutup mata, mengabaikan dan menutup kes tanpa memanggil untuk menyoal siasat lelaki yang dikenal pasti pada kamera video.

Sumber: The Jerusalem Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *